Sunday, July 13, 2025

Mahkamah Rayuan Tolak Permohonan Terakhir Datuk Peter Anthony

Diperintahkan jalani hukuman penjara 3 tahun mula hari ini.

PUTRAJAYA : — Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menolak permohonan akhir bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony, yang kini perlu menjalani hukuman penjara tiga tahun berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan itu dibuat oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, Datuk Mohamed Zaini Mazlan, dan Datuk Azmi Ariffin.

Peter diperintahkan menjalani hukuman penjara serta-merta selepas pelaksanaannya sebelum ini digantung sementara menunggu keputusan rayuan.

Beliau sebelum ini mengemukakan rayuan terhadap sabitan dan hukuman berkaitan pemalsuan dokumen kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Mengikut pertuduhan, Datuk Peter Anthony, selaku Pengarah Urusan Asli Jati Engineering, didakwa memalsukan surat daripada pejabat Timbalan Naib Canselor (TNC) Universiti Malaysia Sabah (UMS) bertarikh 9 Jun 2014 dengan memasukkan pernyataan palsu pada tajuk surat tersebut dengan niat untuk menipu.

Surat itu kononnya menyatakan bahawa UMS telah mengadakan kolaborasi dengan syarikat milik Peter, Asli Jati Engineering.

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di pejabat Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, antara 13 Jun dan 21 Ogos 2014.

Peter didakwa mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun, denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pada 26 Mei 2022, Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Azura Alwi, menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM50,000 terhadap Peter selepas beliau didapati bersalah memalsukan dokumen tersebut.

Pada 18 April 2023, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Bache, mengekalkan hukuman penjara dan denda selepas menolak rayuan Peter untuk mengetepikan sabitan serta hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen.

Peter diwakili oleh peguam Datuk Nicholas Kow Eng Chuan, manakala pihak pendakwaan diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin.

Keputusan ini juga mengesahkan bahawa Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) itu hilang kelayakan untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Hot this week

Strong sentiment for GRS to go solo in the coming State election

Dr Jeffrey (left) and Dr Joachim during the press...

Want to collaborate, PH have to use GRS symbol in PRN17 – Dr Joachim

PENAMPANG : Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, the acting...

Keningau to host the first Dusunic Sabah Carnival in August

Lawrence Gimbang...the carnival encourage the use of Dusunic language...

Honouring Sabah’s rights dispel suspicion, lead to a harmonious and united Malaysia

Joniston..The 'Rumah Kita, Kita Jaga' slogan is not anti-Federal...

Sekolah Visi Sandakan Cemerlang di BIICC 2025 Kuching, Sarawak

Pemenang Anugerah Pingat Emas 5 Emas, 2 Perak, 7 Gangsa...

Topics

PIBG digesa jadi nadi suara Wakil Rakyat

Joniston bersama wakil wakil 24 PIBG yang menerima...

Joint PBS-STAR  Convention 2025 on Saturday

Joniston...the convention is aimed at strengthening cooperation to secure...

A book by Chan Kang Yuen, 90, on his 60-year career as a journalist

By C C PungJustice of Peace My old friend Chan...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img