Saturday, July 12, 2025

Madius saran KPT beri biasiswa pelajar Sarjana, PhD Pendidikan Bahasa Kadazandusun dan Bahasa Etnik di UPSI

KUALA LUMPUR : – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) disaran untuk mempertimbangkan pemberian biasiswa terhadap pelajar dan guru bahasa yang melanjutkan pengajian dalam Bahasa Etnik di peringkat ijazah sarjana dan doktor falsafah (PhD).

Perkara itu disuarakan Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (UPKO – Tuaran) ketika membahaskan Rang Undang-undang Peringkat Jawatankuasa KPT pada Persidangan Parlimen Dewan Rakyat, di sini, pada Rabu.

Menurutnya, biasiswa itu dikhususkan kepada guru-guru Bahasa Kadazandusun (BKD), Bahasa Iban dan bahasa Bahasa Semai di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

“Tuaran juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Madani kerana bermula pada tahun ini, UPSI buat pertama kalinya memulakan pengajian Bahasa Kadazandusun sebagai Major dibawah Unit Bahasa Etnik bersama-sama dengan Bahasa Iban dan Bahasa Semai.

“Sebelum ini, pengajian bahasa-bahasa ini hanyalah pada tahap minor sahaja.

“Namun, isu kelestarian pensyarah bagi ketiga-tiga program bahasa etnik ini perlu dirancang dengan terperinci.

“Justeru, Tuaran ingin meminta KPT menyatakan langkah-langkah pembaharuan untuk memastikan bekalan pensyarah program Bahasa Etnik di UPSI ini berkesinambungan dan lestari,” ujar Madius.

Timbalan Menteri KPT, Datuk Ts. Mustapha Sakmud memaklumkan bahawa pihaknya sentiasa komited dalam memperkasa bahasa etnik.

“Cadangan berkaitan pemberian biasiswa terhadap pelajar Bahasa Kadazandusun (BKD), Bahasa Iban dan Bahasa Semai di UPSI akan dikaji pihak kementerian,” katanya.

Hot this week

Keningau to host the first Dusunic Sabah Carnival in August

Lawrence Gimbang...the carnival encourage the use of Dusunic language...

Honouring Sabah’s rights dispel suspicion, lead to a harmonious and united Malaysia

Joniston..The 'Rumah Kita, Kita Jaga' slogan is not anti-Federal...

Sekolah Visi Sandakan Cemerlang di BIICC 2025 Kuching, Sarawak

Pemenang Anugerah Pingat Emas 5 Emas, 2 Perak, 7 Gangsa...

PIBG digesa jadi nadi suara Wakil Rakyat

Joniston bersama wakil wakil 24 PIBG yang menerima...

Joint PBS-STAR  Convention 2025 on Saturday

Joniston...the convention is aimed at strengthening cooperation to secure...

Topics

A book by Chan Kang Yuen, 90, on his 60-year career as a journalist

By C C PungJustice of Peace My old friend Chan...

100 years of Dr Mahathir and his legacy

By Datuk James  Ligunjang J.P Former State Assemblyman  While Social Activist...

Demography Under Siege – A Call to Action

Datuk Henrynus Amin delivering his policy speech during ANAK...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img