Wednesday, June 18, 2025

Pengembalian Akta Perkhidmatan Parlimen Satu Sejarah, Tahniah Kerajaan Madani: Madius

Madius dan Anwar ketika acara berbuka puasa di Parlimen pada Rabu.

KUALA LUMPUR : – Pengembalian Akta Perkhidmatan Parlimen yang diluluskan oleh Dewan Rakyat pada Rabu merupakan satu sejarah besar dalam Sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia.

Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Madius Tangau, ia juga membuktikan komitmen kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam memperkukuh sistem demokrasi dan memastikan Parlimen berfungsi dengan lebih berkesan sebagai institusi pengimbang kuasa. 

“Pengembalian akta ini bukan sahaja memulihkan maruah dan kredibiliti institusi Parlimen, malah ia juga menjadi bukti kesungguhan kerajaan dalam memastikan ketelusan, akauntabiliti, dan integriti dalam pentadbiran negara.

“Sebenarnya sudah sekian lama ahli – ahli parlimen baik di pihak kerajaan mahupun pembangkang meminta agar akta ini dikembalikan setelah dimansuhkan pada tahun 1992. Kita bersyukur akhirnya ia menjadi realiti di bawah Kerajaan Madani pimpinan Dato’ Seri Anwar.  Tahniah atas kejayaan bersejarah ini,” katanya

Madius yang juga Presiden Kehormat Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) berkata demikian dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, pengembalian akta itu juga adalah satu langkah ke hadapan yang selari dengan aspirasi Malaysia Madani, yang menekankan pemerintahan berintegriti dan berpusatkan rakyat.

Justeru, beliau menyeru semua pihak untuk terus menyokong usaha murni itu demi kebaikan bersama.

“Saya percaya dengan pengembalian akta ini, Parlimen akan dapat melaksanakan peranannya dengan lebih berkesan seiring dengan pelaksanaan doktrin pemisahan kuasa antara eksekutif, legislatif dan kehakiman. 

“Semoga langkah ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak reformasi progresif untuk masa depan Malaysia yang lebih cerah,” tambahnya.

Dalam pada itu, Madius turut merakamkan penghargaan terhadap perdana menteri yang selama ini mengamalkan pendekatan terbuka dalam menerajui kepimpinan negara.

“Berbanding pemerintahan yang sebelum ini, kita mempunyai kekangan apabila menyuarakan pandangan dan suara – suara rakyat.

“Namun pendekatan Perdana Menteri ini sangat mesra dan terbaik dalam sejarah bagi saya. Beliau sentiasa terbuka dalam mendengar pandangan dan cadangan termasuk daripada kalangan wakil – wakil rakyat Sabah dan Sarawak.

“Ini juga merupakan satu bentuk reformasi yang terhormat dan sekali lagi saya ucapkan terima kasih,” katanya.

Hot this week

Corruption – givers and takers should all go to jail

By C C PungJustice of Peace If I was asked...

Native Court Training Institute in Penampang: A Multi-Million Ringgit White Elephant?

PENAMPANG : – Dr. Edwin Bosi, former Assemblyman for...

Parti ANAK NEGERI Forges New Path with Youth Leadership Appointments

Trevor Marinking - Secretary General KOTA KINABALU : -  Parti...

The Case for Sabah’s Political Leadership, Dominance and Autonomy

By Datuk James Ligunjang JP Former State Assemblyman KOTA KINABALU :...

Stop twisting the facts, Daniel – Shafie’s appointment was murky!

Malakun...Let’s set the record straight because Sabahans deserve the...

Topics

Food is an essential component of culture

Non halal Nasi Lemak, a popular dish on the...

Malaysia Media Council members announced

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim renewed his media...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img