Saturday, April 19, 2025

Tugas Presiden KDM digalas Priscella, dibantu Wetrom

Priscella (empat dari kiri) dan Wetrom (tiga dari kanan) dan Pimpinan Tertinggi KDM selepas mesyuarat di Ibu Pejabat parti itu, di Penampang, hari ini.

Willie Jude…KDM kekal dengan pendirian untuk bertanding solo pada PRN17 nanti. Segala perancangan parti termasuk yang dibuat Datuk Peter Anthony akan diteruskan.

PENAMPANG: Pimpinan Tertinggi Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), hari ini, memutuskan tugas presiden parti itu yang ditinggalkan Datuk Peter Anthony akan digalas Timbalan Presiden, Priscella Peter.

Priscella juga akan dibantu seorang lagi Timbalan Presiden, Datuk Wetrom Bahanda yang sebelum ini dilantik sebagai Pengarah Jentera Pilihan Raya KDM.

Setiausaha Agungnya, Willie Jude berkata, keputusan itu sebulat suara dibuat dalam mesyuarat Pimpinan Tertinggi KDM yang dipengerusikan Wetrom, di ibu pejabat parti itu, di sini, hari ini.

Katanya, keputusan itu dibuat demi kebaikan parti terutama dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

“Keputusan ini dibuat sebulat suara dan dengan penuh permuafakatan, kerana kami sebenarnya sudah membuat perancangan awal sekiranya apa-apa berlaku termasuk hal yang berkaitan dengan kes Datuk Presiden.

“Ianya (keputusan) juga sesuai dengan peranan Priscella sebagai salah sorang pengasas parti dan Datuk Wetrom juga menyokong penuh keputusan ini, malah beliau sendiri yang mencadangkan.

“Kami masing-masing mempunyai peranan dalam parti dan saya yakin dengan hubungan kami yang sudah seperti satu keluarga, kami mampu hadapi setiap rintangan yang ada selepas ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Priscella, 27, merupakan graduan dari Universiti Curtain Australia dengan kelulusan Ijazah Sarjana (Master) dalam bidang perakaunan.

Willie berkata, mesyuarat hari ini juga turut memutuskan yang KDM kekal dengan pendirian sebelum ini, iaitu untuk bertanding solo pada PRN17 nanti.

Katanya, segala perancangan parti termasuk yang dibuat Peter akan diteruskan.

“Perjuangan diteruskan, kami tidak akan berundur walau setapak pun, ini perjuangan untuk Sabah, untuk rakyat,” katanya lagi.

Hot this week

Healthy lifestyle campaign to encourage new behaviour among UMS students

UMS Faculty of Social Sciences and Humanities Dean Professor...

SAREC 2025 to unlock new opportunities in Sabah renewable energy sector

KOTA KINABALU (: Qhazanah Sabah Berhad (QSB), a wholly-owned...

Mostly it is loss which teaches us about the worth of things

By C C PungJustice of Peace I used to reminisce...

Solution-Oriented Political Coalition to Build Sabah

By Chan Loong WeiDAPSY Sabah Chief KOTA KINABALU : -...

Jurulatih legenda bolasepak Sabah Stanley Chew cadang formula penuhkan stadium

Penulis bersama Stanley Chew dalam "kupi-kupi" di Tuaran baru-baru...

Topics

Comprehensive master plan for Sabah’s tourism sector – Joniston

KOTA KINABALU : - The Sabah Tourism, Culture, and...

Congratulations to Dr Jeffrey for getting RM5 milion to organise Kaamatan Festival 2025

By Datuk Michael Malanjun I wish to congratulate Datuk Seri...

Sabah Govt initiates tourism development for Pulau Berhala

Joniston...development to focus on 168 hectares of coastal area. KOTA...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img