(Dari kiri) Mawar, Gloria, Simon, Othnel, Lawrence, Nadia dan Magret
KOTA KINABALU: Pertubuhan Kebudayaan dan Kesenian Lun Bawang Sabah (PKKLBS) telah ditubuhkan baru baru ini.
Seorang jurucakap memberi tahu bahawa Pendaftar Pertubuhan telah meluluskan pendaftaran pada 28 Feb 2025.
Para pemegang jawatan PKKLBS adalah seperti berikut: –
Presiden – Othnel Yabai
Naib Presiden – Simon Chia
Setiausaha – Gloria Tom
Penolong Setiausaha – Nadia Hasyimah Nauth Abdullah
Bendahari – Lawrence Liau Musin
Ahli Jawatankuasa Kuasa Magret Tadam, Mawai Piri .
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Gloria 013 377 0702
Menurut Wikipedia, Ensiklopedia Suku kaum
Lun Bawang berasal dan tinggal di kawasan pedalaman tanah tinggi Borneo iaitu
Kalimantan Utara, Brunei, Sabah, Labuan
dan Sarawak.
Di Sarawak, mereka digolongkan dalam kelompok masyarakat Orang Ulu.
Di Sabah mereka dikenali sebagai Lundayeh manakala di Brunei mereka dikenali sebagai Puak Murut.
Suku kaum Lun Bawang di Sabah terbahagi kepada dua kelompok, yang berhijrah lebih awal ke hilir sungai Mengalong dari kurun ke-18 dikenali sebagai Lun Lod, Murut Kolor atau Murut Mengalong, yang kini menggunakan gelaran Lun Bawang Sabah.
Dan kelompok yang berasal dari Hulu Sungai Padas yang mengambil gelaran Lun Dayeh yang bermaksud Orang Ulu atau pedalaman, (erti asal ialah mereka yang tinggal di hulu sungai), seperti di Kg. Long Pasia dan Kg. Long Mio, Maligan, Sipitang, Sabah.
Sementara di Sarawak dan Brunei, mereka pula dikenali sebagai Lun Bawang yang bermaksud orang tempatan atau orang peribumi.
Suku kaum Lun Bawang yang dahulu dikenali sebagai Murut juga terdapat di sepanjang persisiran sungai Lawas, Trusan dan Limbang.
Sejarah mengatakan orang Lun Bawang ini berasal dari Tanah Tinggi Kelabit, Tanah Tinggi Krayan dan Gunung Murud di Lawas.
Pada seketika dahulu Lun Bawang dan Tagal juga dikenali sebagai Murut sempena nama Gunung Murud yang tertinggi di Sarawak yang terletak di Utara Sarawak.