Saturday, April 19, 2025

Pertubuhan Kebudayaan dan Kesenian Lun Bawang Sabah didaftarkan

(Dari kiri) Mawar, Gloria, Simon, Othnel, Lawrence, Nadia dan Magret

KOTA KINABALU: Pertubuhan Kebudayaan dan Kesenian Lun Bawang Sabah (PKKLBS)  telah ditubuhkan baru baru ini.

Seorang jurucakap memberi tahu  bahawa Pendaftar Pertubuhan telah meluluskan pendaftaran pada 28 Feb 2025.

Para pemegang jawatan PKKLBS adalah seperti berikut: –

Presiden –  Othnel Yabai

Naib Presiden – Simon Chia

Setiausaha – Gloria Tom

Penolong Setiausaha – Nadia Hasyimah Nauth Abdullah

Bendahari – Lawrence Liau Musin

Ahli Jawatankuasa Kuasa Magret Tadam, Mawai Piri .

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Gloria 013 377 0702

Menurut Wikipedia, Ensiklopedia Suku kaum
 Lun Bawang berasal dan tinggal di kawasan pedalaman tanah tinggi Borneo iaitu 
Kalimantan Utara, Brunei, Sabah, Labuan 
dan Sarawak.

Di Sarawak, mereka digolongkan dalam kelompok masyarakat Orang Ulu.

Di Sabah mereka dikenali sebagai Lundayeh manakala di Brunei mereka dikenali sebagai Puak Murut.

Suku kaum Lun Bawang di Sabah terbahagi kepada dua kelompok, yang berhijrah lebih awal ke hilir sungai Mengalong dari kurun ke-18 dikenali sebagai Lun Lod, Murut Kolor atau Murut Mengalong, yang kini menggunakan gelaran Lun Bawang Sabah.

Dan   kelompok yang berasal dari Hulu Sungai Padas yang mengambil gelaran Lun Dayeh yang bermaksud Orang Ulu atau pedalaman, (erti asal ialah mereka yang tinggal di hulu sungai), seperti di Kg. Long Pasia dan Kg. Long Mio, Maligan, Sipitang, Sabah.

Sementara di Sarawak dan Brunei, mereka pula dikenali sebagai Lun Bawang yang bermaksud orang tempatan atau orang peribumi.

Suku kaum Lun Bawang yang dahulu dikenali sebagai Murut juga terdapat di sepanjang persisiran sungai Lawas, Trusan dan Limbang.

Sejarah mengatakan orang Lun Bawang ini berasal dari Tanah Tinggi Kelabit, Tanah Tinggi Krayan dan Gunung Murud di Lawas.

Pada seketika dahulu Lun Bawang dan Tagal juga dikenali sebagai Murut sempena nama Gunung Murud yang tertinggi di Sarawak yang terletak di Utara Sarawak.

Hot this week

Healthy lifestyle campaign to encourage new behaviour among UMS students

UMS Faculty of Social Sciences and Humanities Dean Professor...

SAREC 2025 to unlock new opportunities in Sabah renewable energy sector

KOTA KINABALU (: Qhazanah Sabah Berhad (QSB), a wholly-owned...

Mostly it is loss which teaches us about the worth of things

By C C PungJustice of Peace I used to reminisce...

Solution-Oriented Political Coalition to Build Sabah

By Chan Loong WeiDAPSY Sabah Chief KOTA KINABALU : -...

Jurulatih legenda bolasepak Sabah Stanley Chew cadang formula penuhkan stadium

Penulis bersama Stanley Chew dalam "kupi-kupi" di Tuaran baru-baru...

Topics

Comprehensive master plan for Sabah’s tourism sector – Joniston

KOTA KINABALU : - The Sabah Tourism, Culture, and...

Congratulations to Dr Jeffrey for getting RM5 milion to organise Kaamatan Festival 2025

By Datuk Michael Malanjun I wish to congratulate Datuk Seri...

Sabah Govt initiates tourism development for Pulau Berhala

Joniston...development to focus on 168 hectares of coastal area. KOTA...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img