Saturday, April 26, 2025

Dr Joachim sampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kundasang

Dr. Joachim (tengah) bergambar bersama para penjaja yang menerima bantuan ihsan dan semua yang turut serta meninjau keadaan lokasi kebakaran.

KUNDASANG : – Timbalan Ketua Menteri II yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam hari ini menyampaikan bantuan ihsan kepada para penjaja gerai sayur yang terjejas akibat kebakaran di Kundasang.

Dr. Joachim berharap bantuan yang dihulurkan dapat meringankan beban mereka.

Pada Khamis (13 Mac), kebakaran di Pekan Kundasang telah memusnahkan lapan premis, termasuk tiga kedai runcit, dua inap desa, satu blok rumah sewa dengan 11 pintu, serta sebuah setor penyimpanan barang runcit.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan itu menjelaskan bahawa beliau mendapat tahu mengenai kejadian tersebut ketika berada di Kuala Lumpur bagi menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal MA63, yang turut dihadiri beberapa Menteri Kabinet.

Setibanya dari Kuala Lumpur, Dr. Joachim segera bergegas ke lokasi kejadian untuk meninjau situasi secara langsung.

Dalam lawatan itu, beliau turut mendengar penerangan daripada Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM), Dounis Sani; Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dalam Bandar (JKDB), Suatin Mayor; Presiden Persatuan Penjaja Gerai Sayur Kundasang, Mariana Taliban; serta wakil daripada Majlis Daerah Ranau.

Dr. Joachim memaklumkan bahawa pihaknya menunggu laporan penuh kebakaran dari bahagian forensik, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM). Sehubungan itu, beliau turut diberitahu bahawa pihak Pejabat Daerah dan agensi (JBPM) berkenaan akan bermesyuarat pada minggu depan untuk tindakan selanjutnya.

Selain itu, Dr. Joachim juga berharap pihak JKDB dan Majlis Daerah akan dapat membantu mempercepatkan proses pembinaan semula premis yang terjejas, mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Hot this week

Can Warisan snatch a simple majority victory going solo ?

Dr Kanul Gindol...there is a Sabah political party capable...

SAREC 25, platform for collaboration, innovation to drive Sabah transition toward a sustainable energy future – Dr Yusof

Yusof shakes hands with strategic partners, moderators, SAREC 2025...

Sandakan gearing up for Visit Malaysia 2026

SANDAKAN : - President of Sandakan Municipal Council (MPS)...

Ahli Majlis PBT perlu main peranan aktif majukan daerah – Hendrus

KOTA MARUDU : - Ahli-ahli majlis pihak berkuasa tempatan...

Joniston: Call for Sabah and Sarawak collaboration in cultural tourism

Datuk Joniston Bangkuai with Sarawak Deputy Minister of Youth,...

Topics

Can Warisan snatch a simple majority victory going solo ?

Dr Kanul Gindol...there is a Sabah political party capable...

Sandakan gearing up for Visit Malaysia 2026

SANDAKAN : - President of Sandakan Municipal Council (MPS)...

Ahli Majlis PBT perlu main peranan aktif majukan daerah – Hendrus

KOTA MARUDU : - Ahli-ahli majlis pihak berkuasa tempatan...

Joniston: Call for Sabah and Sarawak collaboration in cultural tourism

Datuk Joniston Bangkuai with Sarawak Deputy Minister of Youth,...

KDM set to generate a “green wave” effect in PBS and STAR’s stronghold in PRN

Dr Kanul Gindol...the political landscape in Sabah is unpredictable...

Sustainable Tourism and Conservation Efforts in Kinabatangan Remain KiTA’s Core Focus

Group Photo of President, Johnny (front, second left);Past President,...

Qhazanah Sabah Hari Raya celebration

The Qhazanah Sabah Group of Companies held its Hari...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img