
Sebelum memulakan program mereka yang terlibat merakamkan gambar kenangan dihadapan Pejabat Sabah Electricity Kota Marudu.
Berita dan Gambar
Oleh Herman Taim
KOTA MARUDU : – Sabah Electricity telah mengadakan Program Bubur Lambuk Perdana dan Penyerahan Bantuan Wakalah serentak di Seluruh Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan hari ini
Sabah Electricity Zon Utara juga turut mengadakan progam ini yang bermula jam 8.30 pagi.
Program disertai oleh Pengurus Zon Utara TS Winches Maximillan Samuel dan Pengurus Cera Zon Utara Yusri Anjumai.

Acara yang bermula Jam 8.30 pagi itu merupakan program amal oleh Sabah Electricity.
Jurucakap penganjur memberitahu talantang.com program itu aktiviti masyarakat pada masa bulan Ramadan.
“Selain memberikan sinar kepada penduduk setempat, acara ini juga bertujuan mendekatkan lagi hubungan silaturahim diantara kakitangan Sabah Electricity dan masyarakat,” katanya.
Bantuan dan bubur lambuk dengan belanja RM1,000 itu telah diagihkan kepada kakitangan Sabah Electricity dan juga para pengguna.