Penjawat awam Sabah terima bonus RM1,000 – Masidi Manjun

KOTA KINABALU : – Kerajaan Negeri Sabah hari ini meluluskan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) berjumlah RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Pesta Kaamatan tahun ini.

Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, bantuan khas itu melibatkan pembayaran RM500 sempena Hari Raya Aidilfitri dan RM500 lagi sempena Pesta Kaamatan.

Katanya, ia adalah selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk mensejahterakan penjawat awam negeri, selain menzahirkan penghargaan terhadap sumbangan penjawat awam.

“Keputusan ini telah dipersetujui pada Mesyuarat Jemaah Menteri Negeri Sabah hari ini, dan pembayaran akan dibuat menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Pesta Kaamatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Masidi berkata, Kerajaan Negeri turut merakamkan penghargaan kepada seluruh penjawat awam.

Beliau berharap bantuan khas ini akan menjadi suntikan semangat untuk terus berusaha lebih gigih dan meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat dengan lebih cemerlang.

BKK itu memberi manfaat kepada lebih 21,500 penjawat awam Sabah.

Hot this week

Strong sentiment for GRS to go solo in the coming State election

Dr Jeffrey (left) and Dr Joachim during the press...

Want to collaborate, PH have to use GRS symbol in PRN17 – Dr Joachim

PENAMPANG : Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, the acting...

Keningau to host the first Dusunic Sabah Carnival in August

Lawrence Gimbang...the carnival encourage the use of Dusunic language...

Honouring Sabah’s rights dispel suspicion, lead to a harmonious and united Malaysia

Joniston..The 'Rumah Kita, Kita Jaga' slogan is not anti-Federal...

Sekolah Visi Sandakan Cemerlang di BIICC 2025 Kuching, Sarawak

Pemenang Anugerah Pingat Emas 5 Emas, 2 Perak, 7 Gangsa...

Topics

PIBG digesa jadi nadi suara Wakil Rakyat

Joniston bersama wakil wakil 24 PIBG yang menerima...

Joint PBS-STAR  Convention 2025 on Saturday

Joniston...the convention is aimed at strengthening cooperation to secure...

A book by Chan Kang Yuen, 90, on his 60-year career as a journalist

By C C PungJustice of Peace My old friend Chan...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img