Thursday, May 22, 2025

Belia nadi perubahan dan penggerak masa depan – Jannie Lasimbang

PENAMPANG : – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepayan, Jannie Lasimbang berkata belia bukan aset yang boleh disimpan dalam arkib tetapi enjin yang perlu dihidupkan.

Menurutnya, dalam setiap perubahan yang hebat, di belakangnya pasti ada anak muda yang bangkit menolak arus, menyoal status quo dan berani menzahirkan harapan menjadi kenyataan.

Jannie berkata semalam semasa pertemuan diantara pemimpin dan 20 anak muda daripada Kampung Nabangkung, Gagaana, Sindanan, Bahang, Koidupan, Matambai dan Sodomon, majoritinya baru berusia 18 tahun.

McOneal Vencent (Setiausaha DAPSY Sabah) dan Anson Chai (Setiausaha Organisasi DAP Sabah) yang juga turut hadir dalam pertemuan tersebut telah menyuntik semangat perjuangan dalam kalangan belia.

McOneal menyatakan belia kini adalah “game-changers” yang mampu membawa negara kita ke tahap yang lebih cemerlang.

Sdr Casper Chia sebagai Pengerusi Penaja Kelab Belia Kapayan telah berjaya mengumpulkan lebih 100 belia untuk menjadi ahli Kelab Belia tersebut.

Pengerusi JKKK dari Kg.Nagasiba dan Sodomon juga turut serta dalam pertemuan yang telah membuka jalan untuk program-program lain Kelab Belia Kapayan.

Pemimpin belia yakin anak-anak muda tidak perlu disuruh berkali-kali untuk bertindak, mereka hanya perlu diyakini dan diberi ruang.

Antara program Kelab Belia Kapayan adalah kerja amal untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan membersih dan membaikpulih rumah termasuk OKU, ibu tunggal dan warga emas.

Peserta juga menyatakan Hasrat mereka untuk belajar bermain alat-alat tradisi terutama memalu gong.

Jannie menyatakan bahawa Pejabat ADUN Kapayan telah menyediakan banyak program untuk belia dan salah satunya adalah Sukan Karnival, Pertandingan Bola Keranjang, e-sports dan banyak lagi.

“Harapan saya adalah untuk belia melibatkan diri dalam kepimpinan kelak kerana saya percaya belia adalah penentu hala tuju masa depan”.

Hot this week

Sabah’s struggles were caused by federal interference, not local disunity

Jordan...Sabah only progressed under UMNO is an insult to...

PRN 17  – Warisan going solo, not align with any party coalition

Loretto Padua...talks that Warisan is joining GRS or making...

Brace for a free-for-all in the coming state election

Joniston (6th right) officiating the newly-upgraded Poturidong - Tibabar...

Stronger BN will mean a weaker PH

By: Datuk Teddy Chin HARDLY a week passes without something...

Bekas TYT Sabah, Tun Ahmadshah meninggal dunia

Tun Ahmad Shah menyampaikan pingat kebesaran negeri Ahli Setia...

Topics

Radu Tatap Radu – UMNO Semporna rises again

Salleh...UMNO is poised for a strong comeback as the...

Sabah’s Political Play: Analyzing the Strategic Move Behind PH and BN’s Coalition

By Datuk James Ligunjang J.PEx Assemblyman for Petagas KOTA KINABALU...

Penganjuran Pesta Kaamatan perlu ditambah nilai untuk tarik kehadiran pengunjung – Dr Yusof

Dr Yusof memukul gong simbolik perasmian,penutupan Pesta Kaamatan Daerah...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img