Wednesday, July 23, 2025

PBS fokus pastikan GRS kekal terajui Sabah – Dr Joachim

KIULU :  – Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam menegaskan bahawa matlamat utama PBS dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang adalah untuk memastikan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) terus diberi mandat mentadbir negeri ini.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri II berkata, kejayaan mengekalkan GRS sebagai Kerajaan Negeri penting demi kesinambungan pembangunan dan kestabilan politik di Sabah.

“Kita perlu memastikan kemenangan GRS dalam PRN akan datang,” katanya ketika merasmikan Majlis Sambutan 40 Tahun PBS Bahagian N.15 Kiulu di Minurod Campsite, Pahu, di sini, kelmarin (13 April).

Dr Joachim turut mengulangi komitmen PBS untuk terus memperjuangkan hak-hak rakyat Sabah seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), selain menyeru agar ahli-ahli parti kekal bersatu dan mengelakkan perpecahan dalaman.

“Fokus kita sekarang ialah untuk kekal relevan selepas 40 tahun penubuhan. Golongan muda perlu tampil ke hadapan sebagai pemimpin masa depan, mengenal pasti masalah dan mencari penyelesaian,” katanya.

Mengulas kerjasama politik, Dr Joachim menyatakan keyakinan terhadap hubungan erat antara PBS dan Parti Solidariti Tanah Airku (StarSabah), di mana kedua-dua parti telah memeterai satu memorandum persefahaman (MoU).

“Saya sangat positif terhadap kerjasama ini. Hampir 99 peratus pemimpin StarSabah adalah bekas ahli PBS. Perjuangan kita sama. Jika kita tidak bersatu, kita akan terus berpecah dan suara kita tidak akan didengari,” ujarnya.

Tambah beliau, usaha memperkukuh GRS adalah keutamaan bagi memastikan suara rakyat Sabah terus diperjuangkan dalam pentadbiran negeri dan persekutuan.

Dr Joachim turut merakamkan penghargaan kepada Ketua Bahagian PBS Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu serta seluruh jawatankuasa penganjur yang dipengerusikan oleh Aliamis Sami yang juga Timbalan Ketua Bahagian PBS Kiulu atas kejayaan menganjurkan sambutan tersebut.

Beliau menyeru semua ahli untuk terus bersatu dan bekerja lebih keras untuk memastikan kerusi Dewab Undangan Negeri (DUN) Kiulu kekal milik parti.

Turut hadir, Timbalan Presiden PBS, Datuk Seri Dr Yee Moh Chai; Naib-naib Presiden, Ketua bersama Exco Pemuda PBS, Ahli-ahli Majlis Tertinggi, Ketua- ketua Bahagian, Exco Wanita PBS dan juga pemimpin setempat DUN Kiulu.

PBS fokus pastikan GRS kekal terajui Sabah – Dr. Joachim

Hot this week

Align community-based tourism with global trend – Joniston

Joniston at the Program Jejak Kanser at Pekan Kiulu KIULU...

Anak Negeri calls for urgent re-audit and reform of underperforming Sabah state GLC

Trevor...Sabahans especially the young generation, deserve a better future...

Sabah must prioritise passengers safety and dignity at KKIA

Chin...use of aerobridge should be enforced at all Sabah...

Teddy Chin appointed Tuaran Hakka Association’s Advisor

Lo (right) presenting to Teddy (centre) his letter of...

Warisan Inanam approaches youth on 40 percent issue

Lewis Wong...hopes there will be good news when the...

Topics

Warisan Inanam dekati golongan muda mengenai isu 40 peratus

Lewis Wong...Ramai golongan muda masih tidak tahu dan faham...

KDM denies 100 members from Kemabong joined Warisan

Willie Jude...Harris Bolos is no longer KDM member, he...

Bullies should face severe penalties, says KGKS president

Murkam...perpetrators to be apprehended and face appropriate consequences. KOTA KINABALU...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img