Tuesday, April 15, 2025

Dennison Indang sokong cadangan penubuhan Unit Khas Pemantau Projek Rancangan Malaysia di Sabah

Dennison…Satu langkah yang amat tepat dan wajar dilaksanakan dengan segera.

KOTA KINABALU : – Dennison R Indang mengalu-alukan cadangan penubuhan unit khas pemantau projek di bawah Kerajaan Negeri Sabah.

Bendahari Agung UPKO itu berkata unit khas yang dicadangkan oleh  Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedict itu adalah bagi memantau dan menyelaras pelaksanaan projek-projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia.

“Satu langkah yang amat tepat dan wajar dilaksanakan dengan segera, ” kata Dennison, yang juga Ketua Bahagian UPKO Kota Kinabalu dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, langkah ini bertujuan memastikan pembangunan negeri dilaksanakan secara berkesan, tersusun dan memberi manfaat langsung kepada rakyat.

“Saya sokongan penuh terhadap cadangan yang dikemukakan oleh Datuk Ewon Benedick itu,” katanya.

Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kadamaian, menyuarakan cadangan itu dalam perbahasan ucapan dasar kerajaan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah pada Isnin.

Cadangan ini bersifat strategik dan berpandangan jauh kerana mengambil kira pelbagai cabaran teknikal dan pentadbiran yang kerap kali menjadi punca kelewatan dalam pelaksanaan projek pembangunan di Sabah.

Walaupun Majlis Tindakan Pembangunan Negeri telah diwujudkan sebagai badan pemantau, penubuhan sebuah unit khas yang beroperasi secara langsung di peringkat lapangan adalah pelengkap penting kepada sistem sedia ada.

Menurut Dennison, Unit ini dapat memainkan peranan penting dalam menyelaraskan isu-isu seperti pertindihan fungsi antara jabatan, urusan pengambilan tanah, pembayaran pampasan serta kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan.

Peranan ini sekali gus dapat menjambatani jurang antara perancangan di peringkat persekutuan dan pelaksanaan di peringkat negeri, katanya.

Dannisonjuga menjelaskan pelaksanaan projek yang cekap dan terselaras bukan sahaja menjamin penggunaan peruntukan secara optimum, tetapi turut meningkatkan keyakinan rakyat terhadap keupayaan kerajaan dalam menyampaikan janji pembangunan.

Lebih penting lagi, pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13) yang dijangka dibentangkan di Parlimen sekitar bulan Julai tahun ini memerlukan pendekatan baharu yang lebih dinamik, realistik dan berpaksikan keperluan tempatan.

“Penubuhan unit khas ini boleh menjadi mekanisme penting untuk memastikan senarai projek keutamaan negeri yang dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan diterjemahkan kepada pelaksanaan yang berkesan.”

“Keberkesanan pelaksanaan projek infrastruktur seperti pembinaan jalan raya, peluasan akses internet serta penyediaan kemudahan keusahawanan akan memberikan kesan langsung kepada pembangunan ekosistem keusahawanan dan koperasi di Sabah.”

Ini sejajar dengan pelaksanaan dasar ‘Pandang ke Timur Dalam Negara’ yang diperkenalkan oleh KUSKOP di bawah pimpinan Datuk Ewon Benedick serta semakan pertengahan Dasar Keusahawanan Negara 2030.

Dennison berkata sambutan yang menggalakkan terhadap pelaksanaan inisiatif seperti Tekun TikTok Shop Live Hub di Sabah membuktikan bahawa usahawan tempatan bersedia untuk bersaing dalam pasaran digital.

Namun begitu, isu kos logistik dan penghantaran masih menjadi kekangan utama dan perlu diselesaikan melalui perancangan infrastruktur yang lebih menyeluruh.

“Saya yakin dan percaya bahawa penubuhan unit khas ini akan menjadi pemangkin kepada penyampaian pembangunan yang lebih cekap, terselaras dan berimpak tinggi di seluruh negeri Sabah, sejajar dengan harapan rakyat terhadap sebuah kerajaan yang progresif dan prihatin,” kata Dennison.

Hot this week

Musa-Hajiji combination assures bright future for Sabah

By Datuk Teddy Chin APRIL 10, 2025 was a special...

Jannie Lasimbang Welcomes Long-Awaited Allowance Hike for JKKK Leaders

Chairman RM800, Secretary RM400 KOTA KINABALU : - Kapayan Assemblywoman...

Time for “political bravery” to be demonstrated in Sabah

Shafie Apdal...Sabah does not need more promises. Sabah needs...

Fitting heart felt tribute for Tun Abdullah Ahmad Badawi

By Datuk Kalimullah Hassan I said goodbye to Tun Abdullah...

PBS fokus pastikan GRS kekal terajui Sabah – Dr Joachim

KIULU :  - Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS),...

Topics

Musa-Hajiji combination assures bright future for Sabah

By Datuk Teddy Chin APRIL 10, 2025 was a special...

Jannie Lasimbang Welcomes Long-Awaited Allowance Hike for JKKK Leaders

Chairman RM800, Secretary RM400 KOTA KINABALU : - Kapayan Assemblywoman...

Time for “political bravery” to be demonstrated in Sabah

Shafie Apdal...Sabah does not need more promises. Sabah needs...

Fitting heart felt tribute for Tun Abdullah Ahmad Badawi

By Datuk Kalimullah Hassan I said goodbye to Tun Abdullah...

PBS fokus pastikan GRS kekal terajui Sabah – Dr Joachim

KIULU :  - Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS),...

Time to bury the hatchet, says Salleh.

SEMPORNA : Sabah UMNO Treasurer Datuk Seri Dr Salleh...

Joseph Alex Chang to defend his Penampang PKR chief post

PENAMPANG : Penampang PKR chief Joseph Alex Chang has...

Huge potential for Kiulu to become sports and tourism hub

Datuk Joniston Bangkuai unveiling the 1st Kiulu Open Athletics...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img