Friday, April 18, 2025

Jurulatih legenda bolasepak Sabah Stanley Chew cadang formula penuhkan stadium

Penulis bersama Stanley Chew dalam “kupi-kupi” di Tuaran baru-baru ini.

Oleh Dr Kanul Gindol

AHAD lepas, 13 April, 2025, saya “kupi-kupi” lagi dengan jurulatih legenda bolasepak Sabah, Stanley Chew di Pekan Tuaran, kebetulan saya memang ingin lepak-lepak di Tuaran pada hari itu, bertemu beberapa kawan lama.

“Coach” (panggilan saya untuknya) bermurah hati belanja pisang goreng di satu kafe, macam ada sejam juga kali kami bercerita, mengenai bolasepak Sabah…

Dia pemain bolasepak Sabah sejak 1966 dan kemudian menjadi jurulatih pasukan negeri dari 1972 sehinggalah 1979. Kerjayanya dikira memuncak pada tahun 1979 bila mana gandingan padu anak didiknya, Hassan Sani dan James Wong turut memuncak, membawa kemenangan bersejarah Malaysia ke atas Korea Selatan 2-1, sekaligus menempah tempat di Sukan Olimpik Moskow 1980.

Malangnya Malaysia turut memboikot Moskow ketika itu atas sebab Soviet Union terlibat perang pendudukan Afghanistan, jadi pemain kita tidak berpeluang beraksi di Olimpik.

James Wong dan Hassan Sani dua pemain bolasepak Sabah dan Malaysia yang akan berada lama dalam ingatan ramai berikut gandingan cemerlang mereka.

Tahun-tahun itu juga saya yang masih remaja amat minat mengikuti siaran-siaran langsung (hanya melalui radio), perlawanan bolasepak yang melibatkan Sabah atau pemain-pemain Sabah yang bermain untuk pasukan negara.

Walaupun demikian, 1979 juga berakhir peranan Stanley sebagai jurulatih Sabah yang kemudian mengambil Gerd Schmidt, orang Jerman sebagai jurulatih negeri.

Stanley, kini Pengerusi Persatuan Jurulatih Bolasepak Sabah, percaya ada sesuatu yang perlu dilakukan oleh SAFA mahupun FAM atau kerajaan untuk mencungkil bakat-bakat seperti pemainnya James, Hassan, Peter Rajah, Awang Sabtu dan ramai lagi.

Hari ini stadium kita pun kosong. Ketiadaan pemain tempatan yang handal telah mengurangkan minat orang ramai.

“Tahun lepas saya ada mencadangkan kepada FAM supaya bagi kejohanan kebangsaan, hanya dua atau tiga orang saja pemain import dibenarkan dalam pasukan negeri atau kelab.

“Ini supaya ramai pemain tempatan boleh muncul seperti dulu hingga boleh layak ke Sukan Olimpik,” katanya menambah saranan itu dia sampaikan ketika menghadiri satu seminar kejurulatihan bolasepak antarabangsa pada 15 dan 16 November 2024.

Seminar dua hari di Hotel Armada, Kuala Lumpur itu dihadiri lebih 100 jurulatih bolasepak Malaysia dan beberapa negara lain turut dihadiri Setiausaha Persatuan Jurulatih Bolasepak Sabah, Amsir Abdullah.

“Saya juga telah mencadangkan agar seseorang dari Jepun, Masanaga Kageyama, salah seorang pembicara utama di seminar itu dilantik Pengarah Kejurulatihan FAM kerana bagi saya penyampaian beliau sangat impresif,” kata Stanley lagi.

Ada dua lagi saranan “coach” untuk meningkatkan lagi kerancakan bolasepak Sabah khususnya.

Katanya, SAFA dan kerajaan Sabah patut mengadakan kejohanan bolasepak peringkat daerah dan kemudian peringkat zon bagi memilih bakat untuk diserap ke pasukan negeri Sabah.

“Macamana kita mencungkil bakat orang kita kalau tiada peluang pertandingan peringkat daerah dan zon? Takkan kita harap kepada pemain import saja, bukanya murah,” ujarnya.

“Satu lagi ialah kita adakan balik Kejohanan Bolasepak Borneo misalnya sekarang kita ada Sabah, Sarawak, Brunei dan Indonesia tapi kita boleh juga jemput pasukan dari Filipina sebab mutu bolasepak mereka pun sudah meningkat sekarang,” cadang Stanley lagi.

“Coach” Stanley, kini 79, sebenarnya berasal dari Kampung Kerukan, Kuala Penyu tetapi sudah lama menetap di Tuaran. Beliau bukan calang-calang, memiliki ijazah kejurulatihan sukan dari Leeds University dan ijazah sarjana sains sukan dari Leeds Metropolitan University, UK.

Pada artikel saya sebelum ini mengenai Stanley, saya telah menulis betapa beliau ini sepatutnya sekurang-kurangnya sudah dianugerahkan pingat P.G.D.K. yang membawa gelaran “Datuk”, seperti pemain-pemain di bawah asuhannya ramai sudah bergelar Datuk.

Diharap Tuan Yang Terutama dan ada pemimpin kerajaan negeri membaca artikel itu dan yang ini untuk pertimbangan mereka.”  – BorneoHerald

Hot this week

Healthy lifestyle campaign to encourage new behaviour among UMS students

UMS Faculty of Social Sciences and Humanities Dean Professor...

SAREC 2025 to unlock new opportunities in Sabah renewable energy sector

KOTA KINABALU (: Qhazanah Sabah Berhad (QSB), a wholly-owned...

Mostly it is loss which teaches us about the worth of things

By C C PungJustice of Peace I used to reminisce...

Solution-Oriented Political Coalition to Build Sabah

By Chan Loong WeiDAPSY Sabah Chief KOTA KINABALU : -...

Comprehensive master plan for Sabah’s tourism sector – Joniston

KOTA KINABALU : - The Sabah Tourism, Culture, and...

Topics

Healthy lifestyle campaign to encourage new behaviour among UMS students

UMS Faculty of Social Sciences and Humanities Dean Professor...

SAREC 2025 to unlock new opportunities in Sabah renewable energy sector

KOTA KINABALU (: Qhazanah Sabah Berhad (QSB), a wholly-owned...

Mostly it is loss which teaches us about the worth of things

By C C PungJustice of Peace I used to reminisce...

Solution-Oriented Political Coalition to Build Sabah

By Chan Loong WeiDAPSY Sabah Chief KOTA KINABALU : -...

Comprehensive master plan for Sabah’s tourism sector – Joniston

KOTA KINABALU : - The Sabah Tourism, Culture, and...

Congratulations to Dr Jeffrey for getting RM5 milion to organise Kaamatan Festival 2025

By Datuk Michael Malanjun I wish to congratulate Datuk Seri...

Sabah Govt initiates tourism development for Pulau Berhala

Joniston...development to focus on 168 hectares of coastal area. KOTA...

Musa-Hajiji combination assures bright future for Sabah

By Datuk Teddy Chin APRIL 10, 2025 was a special...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img