Tuesday, June 17, 2025

Dr Joachim wakili Ketua Menteri di Majlis Hari Raya Madani Lahad Datu

Dr Joachim menyampaikan sumbangan Aidilfitri Madani kepada anak-anak yatim.

Dr Joachim (dua dari kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada Pengerusi Majlis Daerah Lahad Datu, Jackley Gilbert bersama dengan semua kakitangan Majlis.

LAHAD DATU :  – Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor dalam Majlis Sambutan Hari Raya Madani yang diadakan di Dewan Masyarakat Lahad Datu, di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Dato’ Haji Abdul Halim Haji Abdul Rahman; Timbalan Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Brigedier Jeneral Ismail Kamarudin; Pegawai Daerah Lahad Datu, Firuz Idzualdeen @ Benetty Mohd. Dzul serta Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM, Datuk Dr. Jamaluddin Mohd. Ali dan Komander Eastern Command (KEC) DCP Datuk Victor Sanjos.

Dalam majlis itu, Dr. Joachim turut menyampaikan Sumbangan Aidilfitri Madani Perpaduan daripada ESSCOM kepada 50 penerima yang terdiri daripada anak-anak yatim, orang kurang upaya (OKU) dan golongan asnaf.

Beliau turut menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga Lahad Datu yang hadir, selain merakamkan penghargaan dan tahniah kepada ESSCOM,  Pejabat Daerah Lahad Datu dan Jabatan Penjara Lahad Datu atas kejayaan menganjurkan program berkenaan serta semua jabatan dan agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan yang turut serta memeriahkan majlis itu.

Hot this week

The Case for Sabah’s Political Leadership, Dominance and Autonomy

By Datuk James Ligunjang JP Former State Assemblyman KOTA KINABALU :...

Stop twisting the facts, Daniel – Shafie’s appointment was murky!

Malakun...Let’s set the record straight because Sabahans deserve the...

Food is an essential component of culture

Non halal Nasi Lemak, a popular dish on the...

Malaysia Media Council members announced

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim renewed his media...

Topics

The Case for Sabah’s Political Leadership, Dominance and Autonomy

By Datuk James Ligunjang JP Former State Assemblyman KOTA KINABALU :...

Stop twisting the facts, Daniel – Shafie’s appointment was murky!

Malakun...Let’s set the record straight because Sabahans deserve the...

Food is an essential component of culture

Non halal Nasi Lemak, a popular dish on the...

Malaysia Media Council members announced

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim renewed his media...

Kerajaan disaran bantu industri media tempatan hadapi cabaran semasa

Datuk Lichong Angkui berucap di majlis kemuncak sambutan Hari...

Let’s not rewrite history: The real backdoor Chief Minister was Shafie Apdal

Commentary by Datuk Seri Panglima Clarence Bongkos MalakunSabah Economic...

Stronger social media influence in the 2025 Sabah elections

Ch'ng...traditional media may continue, but the dissemination of information...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img