Tuesday, June 17, 2025

Tamu Desa Kampung Pelakat

Ewon menandatangani plak, simbolik perasmian Tamu Desa Kampung Pelakat, Sipitang.

Dr Yusof Yakob…Tamu Desa Kampung Pelakat akan diadakan setiap Hari Ahad

Pusat aktiviti keusahawanan komuniti jual produk pertanian, hasil laut di Sipitang

SIPITANG : Tamu Desa Kampung Pelakat di sini yang telah dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia Datuk Ewon Benedick akan menjadi pusat aktiviti keusahawanan komuniti menjual hasil pertanian dan laut.

Justeru itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Sindumin Datuk Yusof Yacob yang menginisiatifkan pewujudan Tamu Desa Kampung Pelakat mahu usahawan di daerah Sipitang khususnya penduduk setempat menggunakan tamu ini sepenuhnya menjual produk-produk tempatan yang berasakan makanan samada makanan laut atau makanan asas hasil pertanian.

Katanya, Tamu Desa Kampung Pelakat akan diadakan setiap Hari Ahad menjadi tamu keempat di daerah ini selepas Tamu Pekan Sipitang pada Hari Khamis, Tamu Pekan Mesapol pada hari Jumaat dan Tamu Pekan Sindumin pada Hari Sabtu.

“Ini sebagai game changer bagi kami dan saya telah menyarankan usahawan di sini mengambil peluang ini dan ditambah lagi dengan Taman Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) yang nanti akan ada enam kilang besar dibuka bermula tahun ini dengan 10,000 orang pekerja nanti dengan keluarga yang akan mencecah 25,000 orang.

“Yang ada sekarang Petrochemical Fertilizer ada 600 pekerja, ZLNG akan ada 200 pekerja tetap, Petroventure lebih kurang 1,000 lebih pekerja tetap, Gibson lebih kurang 1,000 lebih pekerja tetap, ada Esteel dengan pelaburan RM30 bilion akan ada lebih kurang 3,000 lebih pekerja tetap dan SOGIP Port.  

“Jadi akan ada pasaran dan permintaan untuk produk tempatan, jadi inilah yang kami inginkan dan sudah ada usahawan tempatan yang menjual barang-barang makanan samada dari sumber laut antaranya keropok, kerepek dan buah-buahan,” katanya pada Majlis Perasmian Tamu Desa Kampung Pelakat dan Jamuan Raya Sekampung yang disempurnakan oleh Ewon, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Pengelola Lembaga Koko Malaysia yang juga Ahli Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah dan Pegawai Daerah SIpitang Abd Karim A.M Zahari.

Pada majlis itu, Ewon turut mengumumkan penjimatan perbelanjaan daripada pelaksanaan premis Tamu Desa 2024, akan digunakan bagi menaik taraf Tamu-Tamu Desa sedia ada seperti yang dikemukakan oleh pemimpin setempat.

Dr Yusof yang juga Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad turut mencadangkan pembukaan sebuah lagi tamu desa di Kampung Mendulong iaitu disimpang tiga antara Jalan Tenom – Meligan/Mendulong.

Hot this week

Parti ANAK NEGERI Forges New Path with Youth Leadership Appointments

Trevor Marinking - Secretary General KOTA KINABALU : -  Parti...

The Case for Sabah’s Political Leadership, Dominance and Autonomy

By Datuk James Ligunjang JP Former State Assemblyman KOTA KINABALU :...

Stop twisting the facts, Daniel – Shafie’s appointment was murky!

Malakun...Let’s set the record straight because Sabahans deserve the...

Food is an essential component of culture

Non halal Nasi Lemak, a popular dish on the...

Topics

Parti ANAK NEGERI Forges New Path with Youth Leadership Appointments

Trevor Marinking - Secretary General KOTA KINABALU : -  Parti...

The Case for Sabah’s Political Leadership, Dominance and Autonomy

By Datuk James Ligunjang JP Former State Assemblyman KOTA KINABALU :...

Stop twisting the facts, Daniel – Shafie’s appointment was murky!

Malakun...Let’s set the record straight because Sabahans deserve the...

Food is an essential component of culture

Non halal Nasi Lemak, a popular dish on the...

Malaysia Media Council members announced

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim renewed his media...

Kerajaan disaran bantu industri media tempatan hadapi cabaran semasa

Datuk Lichong Angkui berucap di majlis kemuncak sambutan Hari...

Let’s not rewrite history: The real backdoor Chief Minister was Shafie Apdal

Commentary by Datuk Seri Panglima Clarence Bongkos MalakunSabah Economic...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img