Hajiji harus sokong seruan rakyat ambil tindakan tegas individu rasuah calar imej Sabah

Mohammad Hisyam…menyokong penuh tekad Ketua Menteri untuk membanteras rasuah.

KOTA KINABALU :  – Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor seharusnya menyokong ‘Seruan Rakyat’ dengan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang mencalarkan imej negeri Sabah.

Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah Mohammad Hisyam Hazaril berkata, seperti kata pepatah, ‘indah khabar dari rupa’, begitulah riuh rendah slogan antirasuah yang bergema, tetapi sepi dalam tindakan.

“Rakyat hari ini bukan lagi penonton bisu di zaman surat khabar satu hala. Mereka menonton, mereka menilai, mereka mencatat. Segala retorik yang tidak disertai tindakan akan dibakul sampahkan dalam sekelip mata,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Merujuk kepada satu kenyataan di media sosial bertajuk “Hajiji Tegas Banteras Rasuah, Fokus Pembangunan Rakyat” (Utusan Malaysia, 26 April 2025), beliau mengambil maklum tentang komitmen Ketua Menteri dalam usaha membanteras rasuah di negeri Sabah.

Katanya, beliau menyokong penuh tekad YAB Ketua Menteri untuk membanteras rasuah kerana komitmen integriti terpampang di setiap keratan akhbar.

Namun, katanya, jika integriti itu hanya menjadi bahan pidato tanpa bertindak, apakah nilainya, hanya sekadar ‘aksesori’ politik yang dipakai bila perlu.

Menurutnya, ingatlah, ‘Action speaks louder than words’,  bukan poster, bukan seminar, bukan gimik pelancaran yang rakyat tunggu, tetapi keberanian sebenar untuk menggantung dan mengambil tindakan terhadap mereka yang mengkhianati amanah.

Katanya, ketika skandal membusuk di hadapan mata rakyat, yang ditunggu bukan lagi pelan strategik lima tahun, tetapi tindakan tegas dalam masa lima hari.

“Segala angka simpanan negeri, pencapaian dan aset memang indah dibaca, tetapi adakah ia mampu menutupi bau reput yang diabaikan.

“Apakah maruah negeri ini boleh ditebus dengan helaian laporan tahunan yang berkilat atau cukupkah dengan berkata “kita komited”, sedangkan tangan-tangan kotor terus bebas berkeliaran,” katanya.

Mohammad Hisyam berkata, jika integriti benar-benar mahu dijulang, gugurkanlah mereka yang telah memalit arang kepada nama baik negeri, tanpa berlengah.

Beliau berkata, rakyat kini semakin bijak. Tindakan pantas harus diambil demi menjaga nama baik kerajaan negeri itu sendiri.

Katanya, integriti tanpa tindakan, umpama kapal megah yang bocor, perlahan-lahan tenggelam dalam keaiban.

Hot this week

Joint PBS-STAR  Convention 2025 on Saturday

Joniston...the convention is aimed at strengthening cooperation to secure...

A book by Chan Kang Yuen, 90, on his 60-year career as a journalist

By C C PungJustice of Peace My old friend Chan...

100 years of Dr Mahathir and his legacy

By Datuk James  Ligunjang J.P Former State Assemblyman  While Social Activist...

Demography Under Siege – A Call to Action

Datuk Henrynus Amin delivering his policy speech during ANAK...

Court sets Aug 20 to hear Peter Anthony’s bid for review

Datuk Peter Anthony seeks review of conviction ahead of...

Topics

Joint PBS-STAR  Convention 2025 on Saturday

Joniston...the convention is aimed at strengthening cooperation to secure...

A book by Chan Kang Yuen, 90, on his 60-year career as a journalist

By C C PungJustice of Peace My old friend Chan...

100 years of Dr Mahathir and his legacy

By Datuk James  Ligunjang J.P Former State Assemblyman  While Social Activist...

Demography Under Siege – A Call to Action

Datuk Henrynus Amin delivering his policy speech during ANAK...

Court sets Aug 20 to hear Peter Anthony’s bid for review

Datuk Peter Anthony seeks review of conviction ahead of...

Hajiji will dreams about the best date to dissolve the State Assembly

Hajiji speaking to the media at the State Assembly...

KGKS supports the call for KPM to provide guidelines for instructions via social applications

Murkam...teachers shouldn't be unnecessarily disturpbed after working hours by...

Sabah’s 40% Entitlement Case: Full Hearing on Monday – July 7

Datuk James Ligunjang...members of the public encouraged to attend...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img