Saturday, July 12, 2025

ANAK NEGERI sedia tanding 20 kerusi DUN pada PRN17

Henrynus Amin

KOTA KINABALU  : –  Parti ANAK NEGERI akan  menyertai Pilihanraya Negeri Sabah 2025, kata presidennya Datuk Henrynus Amin.

“Kami menyasarkan 20 DUN Sabah dimana majoriti pengundinya adalah pengundi Momogun tertakluk kepada persiapan dan kemampuan calon yang bertanding,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga menjelaskan bahawa pada prinsipnya, Parti ANAK NEGERI sedia bekerjasama dengan mana parti politik yang mempunyai visi dan tujuan perjuangan yang sama samada sebelum atau selepas pilihanraya.

“Tetapi Parti ANAK NEGERI juga bersedia untuk menerima cabaran bertanding solo dalam pilihanraya akan datang,” katanya

Menurut Henrynus, mereka akan memaparkan calon calon dari kalangan pemimpin  muda atau aktivis politik yang ingin bertanding, berbakat sebagai pemimpin dan bersetuju dengan agenda perjuangan Parti ANAK NEGERI.

“Calon kami tidak ditaja oleh tauke atau parti politik besar. Mereka berdikari, mengurus dan mengguna wang sendiri atau yang diterima dari penyokong akar umbi, ” jelasnya.

Ibu Pejabat hanya menyokong dari segi strategi propaganda dan bantuan bahan atau peralatan kempen pilihanraya.

“Saya harap rakyat Sabah khusus belia Momogun Anak Negeri (orang asal) menjadi penyokong, pemangkin dan kempener dalam media sosial untuk calon parti ANAK NEGERI.”

“Saya yakin keputusan pilihanraya umum Negeri Sabah kali ini akan ditentukan oleh undi generasi muda di bawah umur 50 tahun, ” katanya.

Mereka sebenarnya mewakili 80 peratus dari jumlah pengundi keseluruhan.

Henrynus berkata beliau prihatin terhadap pemikiran generasi muda sekarang.

“Setahu saya secara umum generasi muda kecewa dan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan politik parti politik yang lapuk.”

“Generasi muda menolak parti politik atau pemimpin politik yang menduduki kerusi DUN bertahun tahun dan menjawat jawatan Menteri Kabinet tetapi tidak membawa sebarang perubahan,’ katanya

Menurut Henrynus, generasi muda juga menolak parti  politik yang memaparkan manifesto cantik di kertas tetapi apabila sudah menang dan berkuasa, mereka lupa rakyat dan mudah mungkir janji.

Hot this week

Keningau to host the first Dusunic Sabah Carnival in August

Lawrence Gimbang...the carnival encourage the use of Dusunic language...

Honouring Sabah’s rights dispel suspicion, lead to a harmonious and united Malaysia

Joniston..The 'Rumah Kita, Kita Jaga' slogan is not anti-Federal...

Sekolah Visi Sandakan Cemerlang di BIICC 2025 Kuching, Sarawak

Pemenang Anugerah Pingat Emas 5 Emas, 2 Perak, 7 Gangsa...

PIBG digesa jadi nadi suara Wakil Rakyat

Joniston bersama wakil wakil 24 PIBG yang menerima...

Joint PBS-STAR  Convention 2025 on Saturday

Joniston...the convention is aimed at strengthening cooperation to secure...

Topics

A book by Chan Kang Yuen, 90, on his 60-year career as a journalist

By C C PungJustice of Peace My old friend Chan...

100 years of Dr Mahathir and his legacy

By Datuk James  Ligunjang J.P Former State Assemblyman  While Social Activist...

Demography Under Siege – A Call to Action

Datuk Henrynus Amin delivering his policy speech during ANAK...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img