Thursday, May 22, 2025

Pengerusi JKKK, Ketua Kampung harus bekerjasama rapat jaga kebajikan, kesejahteraan penduduk –  Dr Yusof

Pengerusi JKKK, Ketua Kampung N35 Sindumin yang hadir pada majlis itu.

SIPITANG : – Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) dan Ketua Kampung harus bekerjasama rapat sebagai satu pasukan untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan penduduk di kawasan mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob berkata, sebagai pemimpin di akar umbi dan wakil kepada kerajaan negeri, Pengerusi JKKK dan Ketua Kampung memainkan peranan penting dalam pentadbiran di kampung mereka.

Katanya, mereka merupakan mata dan telinga kerajaan untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan penduduk di kampung bawah jagaan mereka.

Pada masa sama, mereka juga merupakan wakil kepada penduduk kampung untuk menyuarakan masalah berkaitan kebajikan dan prasarana kepada kerajaan untuk ditangani.

“Ini saya tegaskan, bila ada jawatan dilantik sebagai Pengerusi JKKK, Ketua Kampung bermakna kita sanggup dan setuju terima jawatan.

“Ertinya letak diri kita untuk terdedah pelbagai perkara seperti aduan penduduk kampung, dengar cerita mereka, apa bantuan mereka perlu terima, apa-apa masalah di kampung,” katanya pada Perjumpaan Khas dengan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) dan Mahkamah Anak Negeri N35 Sindumin, semalam.

Pengerusi JKKK dan Ketua Kampung yang hadir pada majlis itu turut diberikan taklimat keselamatan oleh Ketua Polis Daerah Sipitang Supt Awang Anak Suanda.

Untuk itu, Dr Yusof yang juga Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad mahu semua Pengerusi JKKK dan Ketua Kampung melaksanakan tugas mereka dengan jujur dan ikhlas.

Katannya, ini juga memerlukan mereka memberikan khidmat kepada semua penduduk kampung tanpa dibatasi perbezaan fahaman politik dan peribadi.

Dalam pada itu, Dr Yusof berkata, Pengerusi JKKK dan Ketua Kampung harus tidak ketinggalan dalam perkembangan teknologi maklumat ketika ini khususnya penggunaan media sosial samada TikTok, Whatsapp, Facebook, Instragram, Telegram dan Twitter.

Katanya, platform ini sebaiknya digunakan untuk menghebahkan informasi mengenai projek pembangunan atau inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri dan persekutuan untuk manfaat rakyat.

Pada masa sama, katanya, ini dapat menangkis tohmahan memburukkan kerajaan yang dilemparkan oleh pihak pembangkang yang diviral menerusi media sosial.

Hot this week

Sabah’s struggles were caused by federal interference, not local disunity

Jordan...Sabah only progressed under UMNO is an insult to...

PRN 17  – Warisan going solo, not align with any party coalition

Loretto Padua...talks that Warisan is joining GRS or making...

Brace for a free-for-all in the coming state election

Joniston (6th right) officiating the newly-upgraded Poturidong - Tibabar...

Stronger BN will mean a weaker PH

By: Datuk Teddy Chin HARDLY a week passes without something...

Bekas TYT Sabah, Tun Ahmadshah meninggal dunia

Tun Ahmad Shah menyampaikan pingat kebesaran negeri Ahli Setia...

Topics

Sabah’s struggles were caused by federal interference, not local disunity

Jordan...Sabah only progressed under UMNO is an insult to...

PRN 17  – Warisan going solo, not align with any party coalition

Loretto Padua...talks that Warisan is joining GRS or making...

Brace for a free-for-all in the coming state election

Joniston (6th right) officiating the newly-upgraded Poturidong - Tibabar...

Stronger BN will mean a weaker PH

By: Datuk Teddy Chin HARDLY a week passes without something...

Bekas TYT Sabah, Tun Ahmadshah meninggal dunia

Tun Ahmad Shah menyampaikan pingat kebesaran negeri Ahli Setia...

Radu Tatap Radu – UMNO Semporna rises again

Salleh...UMNO is poised for a strong comeback as the...

Sabah’s Political Play: Analyzing the Strategic Move Behind PH and BN’s Coalition

By Datuk James Ligunjang J.PEx Assemblyman for Petagas KOTA KINABALU...

Penganjuran Pesta Kaamatan perlu ditambah nilai untuk tarik kehadiran pengunjung – Dr Yusof

Dr Yusof memukul gong simbolik perasmian,penutupan Pesta Kaamatan Daerah...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img