Wednesday, May 21, 2025

PBT berperanan penting sebagai Kerajaan Peringkat Ketiga – Dr Joachim

PUTATAN : – Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam menegaskan bahawa pihak berkuasa tempatan (PBT) memainkan peranan penting sebagai Kerajaan Peringkat Ketiga selepas Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Menurut beliau, PBT bukan sahaja mempunyai kuasa melulus dan menolak dasar, malah turut bertanggungjawab dalam pembangunan tapak komersial dan perumahan serta kelulusan lesen perniagaan.

“PBT merupakan entiti yang mempunyai kuasa melulus dan menolak dasar, membangunkan tapak komersial dan perumahan serta meluluskan lesen perniagaan,” katanya.

Dr. Joachim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata demikian ketika merasmikan Majlis Angkat Sumpah dan Penyerahan Watikah Pelantikan Ahli Majlis Daerah Putatan bagi sesi 2025 hingga 2027 di Hotel Pacific Sutera Harbour, pada Selasa.

Beliau berkata, peranan PBT dalam memperkasa sistem penyampaian perkhidmatan awam turut merangkumi aspek penting seperti pemantauan kebersihan dan pengurusan sampah.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua Ahli Majlis Daerah Putatan yang baru dilantik agar menjalankan tugas dengan penuh amanah dan sentiasa proaktif dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat.

“Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua Ahli Majlis yang baru dilantik. Jalankanlah tanggungjawab ini dengan amanah serta sering turun padang bagi memahami keperluan sebenar rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada mantan Ahli Majlis atas segala sumbangan dan kerjasama yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.

“Terima kasih atas segala inisiatif, pandangan dan sokongan yang diberikan demi pembangunan daerah Putatan. Saya berharap kerjasama ini dapat diteruskan,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya Sabah yang juga Ahli Parlimen Putatan, Ahli Dewan Undangan (ADUN) Tg. Keramat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya; ADUN Petagas yang Pengerusi Qhazanah Technology Sdn. Bhd, Datuk Awang Ahmad Sah Datuk Haji Ag. Sahari; Timbalan Setiausaha Tetap I, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Tpr. Stanley Chong, Pegawai Daerah Putatan, merangkap Pengerusi Majlis Daerah Putatan, Masawi Hajij Salleh dan Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Putatan, Ahmad Helmy Mohd Taib.

Hot this week

Sabah’s struggles were caused by federal interference, not local disunity

Jordan...Sabah only progressed under UMNO is an insult to...

PRN 17  – Warisan going solo, not align with any party coalition

Loretto Padua...talks that Warisan is joining GRS or making...

Brace for a free-for-all in the coming state election

Joniston (6th right) officiating the newly-upgraded Poturidong - Tibabar...

Stronger BN will mean a weaker PH

By: Datuk Teddy Chin HARDLY a week passes without something...

Bekas TYT Sabah, Tun Ahmadshah meninggal dunia

Tun Ahmad Shah menyampaikan pingat kebesaran negeri Ahli Setia...

Topics

Sabah’s struggles were caused by federal interference, not local disunity

Jordan...Sabah only progressed under UMNO is an insult to...

PRN 17  – Warisan going solo, not align with any party coalition

Loretto Padua...talks that Warisan is joining GRS or making...

Brace for a free-for-all in the coming state election

Joniston (6th right) officiating the newly-upgraded Poturidong - Tibabar...

Stronger BN will mean a weaker PH

By: Datuk Teddy Chin HARDLY a week passes without something...

Bekas TYT Sabah, Tun Ahmadshah meninggal dunia

Tun Ahmad Shah menyampaikan pingat kebesaran negeri Ahli Setia...

Radu Tatap Radu – UMNO Semporna rises again

Salleh...UMNO is poised for a strong comeback as the...

Sabah’s Political Play: Analyzing the Strategic Move Behind PH and BN’s Coalition

By Datuk James Ligunjang J.PEx Assemblyman for Petagas KOTA KINABALU...

Penganjuran Pesta Kaamatan perlu ditambah nilai untuk tarik kehadiran pengunjung – Dr Yusof

Dr Yusof memukul gong simbolik perasmian,penutupan Pesta Kaamatan Daerah...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img