Saturday, June 21, 2025

PRN17: GRS sedia tanding solo

Hajiji…parti-parti tempatan perlu menjadi tunjang utama dalam pentadbiran negeri Sabah.

KOTA KINABALU : – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersedia bertanding solo dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan datang, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor.

Hajiji menegaskan bahawa parti-parti tempatan perlu menjadi tunjang utama dalam pentadbiran negeri Sabah, selaras dengan realiti, budaya dan keperluan rakyat negeri ini.

Tambah Pengerusi GRS, prinsip ini dipegang teguh oleh gabungan itu tanpa menafikan peranan serta kepentingan parti-parti nasional dalam kerangka kerjasama yang lebih luas.

“Sekiranya keputusan muktamad Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) adalah untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri akan datang, maka GRS bersedia untuk bertanding secara solo dan memfokuskan kerjasama dengan parti-parti tempatan lain yang sehaluan.

“Menyimpang daripada prinsip ini bermakna kita mengabaikan aspirasi sebahagian besar rakyat Sabah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Hajiji, perjuangan utama GRS adalah untuk menjamin kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat demi masa depan negeri Sabah.

Beliau turut menekankan bahawa kerajaan negeri hari ini wajar diperkukuh kerana ia menyumbang kepada kestabilan politik dan memperkukuh Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

“Mengenepikan aspirasi tempatan dalam konteks politik Sabah adalah tidak selari dengan sentimen rakyat di peringkat akar umbi,” ujarnya.

Sehubungan itu, GRS akan mengadakan mesyuarat kepimpinan dalam masa terdekat bagi menetapkan hala tuju gabungan tersebut dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri.

GRS turut akan mengadakan perbincangan rasmi bersama parti-parti yang membentuk kerajaan negeri ketika ini untuk mendapatkan pandangan serta pendirian mereka.

Hot this week

Veteran journalist Emin Madi heads 19 media practitioners to receive State Awards from TYT

Emin Madi … PGDK Yong Ted Phen...ASDK KOTA KINABALU :  -...

Social media is full of nonsense

By C C PungJustice of Peace YET everyone I know...

Presiden Warisan nafi lupus NPL semasa jadi Ketua Menteri Sabah

Shafie Apdal...tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap...

Malicious and baseless allegations, outright lies

Media StatementBy Datuk Seri Panglima Mohd Shafie ApdalPresidentWARISAN1. I...

Is it good journalism to accept AirAsia’s media discount?

As the media debates ethics over AirAsia’s 50% offer...

Topics

Corruption – givers and takers should all go to jail

By C C PungJustice of Peace If I was asked...

Native Court Training Institute in Penampang: A Multi-Million Ringgit White Elephant?

PENAMPANG : – Dr. Edwin Bosi, former Assemblyman for...

Parti ANAK NEGERI Forges New Path with Youth Leadership Appointments

Trevor Marinking - Secretary General KOTA KINABALU : -  Parti...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img