Friday, June 13, 2025

Komitmen awal kerajaan negeri sedia peluang pekerjaan anak tempatan Sipitang di SOGIP sudah direalisasikan – Dr Yusof

Dr Yusof bersama anak-anak muda yang hadir di Hari Terbuka SOGIP anjuran PETRONAS di Sipitang.

SIPITANG : Komitmen awal yang disasarkan oleh Kerajaan Negeri dengan syarikat-syarikat yang beroperasi di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) bagi mengutamakan pengambilan tenaga kerja tempatan sudah direalisasikan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sipitang, Datuk Dr Yusof Yacob.

Menurutnya, ketika ini sudah ramai anak-anak tempatan khususnya dari Sipitang bekerja di SOGIP dalam pelbagai sektor dan kepakaran di Kilang Sabah Ammonia Urea (SAMUR) Petronas Chemical Fertilizers Sabah.

Katanya, lebih banyak peluang pekerjaan akan tersedia di SOGIP yang memerlukan masyarakat Sipitang khususnya anak-anak muda merebut peluang ini.

Beliau berkata, perbincangan awal bersama pengurusan tertinggi PETRONAS dan pihak pengendali SOGIP telah diadakan sejak beberapa tahun lalu bagi menjamin keutamaan pengambilan pekerja tempatan, sama ada melalui vendor, sub-kontraktor mahupun jawatan tetap di syarikat penyelenggaraan.

Pada masa sama, sebagai wakil rakyat, saya bersama Datuk Matbali (Ahli Parlimen Sipitang) telah meminta untuk dilaksanakan karnival kerjaya SOGIP untuk syarikat-syarikat yang beroperasi di SOGIP melaksanakan temuduga terus pengambilan pekerja.

“Alhamdulillah, ia ditunaikan hari ini menerusi Hari Terbuka SOGIP atas inisiatif Petronas bersama beberapa syarikat lain. Inilah impian kami di Sipitang. Hari terbuka seperti ini memberi pendedahan mengenai peluang pekerjaan yang ada di SOGIP.

“Saya difahamkan seramai 450 anak muda telah ditemu duga pada Hari Terbuka SOGIP ini dan saya mahu keputusan diambil segera agar mereka terus diserap,” katanya pada Majlis Perasmian Hari Terbuka SOGIP di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Sipitang, semalam.

Hadir sama, Datuk Matbali, Penolong Pegawai Daerah Sipitang Razan Zawani Asli, Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Chemicals Fertiliser Sabah Sdn Bhd Abdullah Side dan Pengurus Projek Petronas ZLNG Afiq Ahmad.

Dr Yusof yang juga Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad berkata, beberapa pelabur lain termasuk Petroventure, Gibson, Esteel dan SOGIP Port, dijangka memulakan operasi tidak lama lagi dengan keseluruhannya, enam syarikat dengan anggaran pelaburan berjumlah RM72 bilion bakal beroperasi di kawasan seluas 4,065 hektar itu.

Justeru itu, katanya, semasa fasa pembinaan, sehingga 3,500 pekerja diperlukan dan angka itu dijangka melonjak kepada puluhan ribu apabila kesemua loji beroperasi.

Menurutnya, di SAMUR sahaja dianggarkan mengambil 500 kakitangan tetap dengan pekerja lain membabitkan kerja penyelenggaraan berterusan seperti pemotongan rumput, pembersihan, dan penyenggaraan paip.

“Berdasarkan unjuran, kira-kira 5,000 pekerja tetap beserta ahli keluarga boleh meningkatkan populasi daerah hingga 25,000 orang, sekali gus merangsang permintaan perumahan, servis penyaman udara, servis kenderaan, bekalan makanan segar dan perkhidmatan runcit.

“Masyarakat Sipitang perlu merebut peluang ini dan dengan berfikiran jauh ke hadapan dan tidak menyangka manfaat ekonomi hanya akan dinikmati kontraktor besar atau pemimpin.

“Sebaliknya, apabila industri besar masuk, peluang terbahagi kepada empat elemen iaitu pembinaan, operasi, penyelenggaraan, dan perkhidmatan sokongan. Penduduk tempatan harus melengkapkan diri dengan kemahiran yang diperlukan industri dan meneroka sektor hiliran seperti makanan, logistik, salon, taman rekreasi kanak-kanak serta servis penghawa dingin,” tambahnya.

Beliau berkata, projek berimpak tinggi di SOGIP ini selaras dengan pelan pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) di bawah Kerajaan Negeri dan dijangka memacu pertumbuhan ekonomi Sipitang untuk dekad akan datang.

Hot this week

Let’s not rewrite history: The real backdoor Chief Minister was Shafie Apdal

Commentary by Datuk Seri Panglima Clarence Bongkos MalakunSabah Economic...

Stronger social media influence in the 2025 Sabah elections

Ch'ng...traditional media may continue, but the dissemination of information...

Local veteran journalist supports the holding of HAWANA in Sabah next year

Bingkasan...HAWANA has been celebrated four times in Peninsular Malaysia...

Rasuah Adun Sabah: ‘Sekurang-kurangnya seorang atau dua individu akan dituduh’

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri...

Lelaki kini boleh belajar menjahit: Lasimbang

Jannie Lasimbang bersama peserta Program 'Sew and Save' baru...

Topics

Let’s not rewrite history: The real backdoor Chief Minister was Shafie Apdal

Commentary by Datuk Seri Panglima Clarence Bongkos MalakunSabah Economic...

Stronger social media influence in the 2025 Sabah elections

Ch'ng...traditional media may continue, but the dissemination of information...

Local veteran journalist supports the holding of HAWANA in Sabah next year

Bingkasan...HAWANA has been celebrated four times in Peninsular Malaysia...

Rasuah Adun Sabah: ‘Sekurang-kurangnya seorang atau dua individu akan dituduh’

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri...

Lelaki kini boleh belajar menjahit: Lasimbang

Jannie Lasimbang bersama peserta Program 'Sew and Save' baru...

NGO atau peras ugut? Tapisan diperlukan ke atas kumpulan yang memeras ugut syarikat

Terence Fernandez...Samseng yang bertopengkan pertubuhan awam boleh mensabotaj ekonomi. Oleh...

Malaysian’s lacks the maintenance culture,  an acknowledged fact.

By C C PungJustice of Peace ACCIDENTS happen never mind...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img