Tuesday, July 22, 2025

Waspada manipulasi AI, tegakkan institusi kewartawanan negara

Datuk Lichong Angkui…Forum khas HAWANA 2025 landasan terbaik pemain industri media di negara ini menyatukan suara memartabatkan institusi kewartawanan.

KOTA KINABALU : – Forum khas sempena sambutan Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 pada 14 Jun ini, perlu dijadikan platform oleh pemain industri media untuk menegakkan institusi kewartawanan di tengah gelombang kecerdasan buatan (AI).

Ketua Pengarang Utusan Borneo Sabah, Datuk Lichong Angkui, berkata ini penting bagi mengelak sebarang manipulasi kecanggihan AI oleh pihak tidak bertanggungjawab sehingga meruntuhkan nilai dan etika kewartawanan sebagai sebuah institusi negara.

Katanya, forum khas itu seharusnya menjadi landasan terbaik bagi semua pemain industri media di negara ini menyatukan suara memartabatkan institusi kewartawanan.

“Kita perlu berwaspada terhadap manipulasi AI dan pada masa yang sama hendaklah sepakat menegakkan institusi kewartawanan.

“Forum media itu adalah ruang terbaik bagi pemain industri, pemegang taruh dan pihak berkepentingan membincangkan trend semasa dunia kewartawanan, sekali gus mencari solusi terhadap sebarang manipulasi AI yang semakin meluas penggunaannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tema HAWANA 2025“Kewartawanan Era Baharu: Mengimbangi AI dan Etika” yang diumumkan oleh Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzli semalam.

Sambutan HAWANA 2025 akan berlangsung di WTC KL pada 13 hingga 15 Jun ini dengan kemuncak sambutan pada 14 Jun akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lichong yang juga Ahli Majlis Pentadbir Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) berkata kemajuan teknologi dan internet sememangnya banyak membantu pemain industri media di negara ini.

“Antaranya ia mempercepatkan proses penyampaian berita dan maklumat dalam kalangan organisasi media yang secara tradisinya berlumba-lumba mengejar `breaking news’.

“Bagaimanapun, perlumbaan ini boleh membawa kepada penyebaran berita palsu secara berleluasa, apatah lagi jika AI dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, langkah berwaspada dan semakan secara proaktif perlu diperkukuh bagi memastikan kesahihan berita dan maklumat yang disampaikan.

Menurutnya, sudah menjadi kebiasaan bagi netizen mengongsikan sesuatu berita dan maklumat yang tular tanpa menyemak sumber dan keasliannya.

“Maka di sinilah letaknya peranan bagi pemain industri media memastikan setiap bahan yang disajikan itu benar-benar sahih, sekali gus mengangkat martabat kewartawanan,” katanya.

Lichong menyifatkan tema HAWANA 2025 sebagai bertepatan dalam dunia kewartawanan era baharu, di mana teknologi AI telah menjadi satu keperluan bagi industri masa kini.

“Tema ini jelas menekankan pentingnya diseimbangkan antara kecanggihan AI dengan etika kewartawanan,” katanya, sambil menyatakan bahawa kewartawanan yang amanah dan bertanggungjawab adalah aset penting dalam pembangunan negara bangsa.

Hot this week

Align community-based tourism with global trend – Joniston

Joniston at the Program Jejak Kanser at Pekan Kiulu KIULU...

Anak Negeri calls for urgent re-audit and reform of underperforming Sabah state GLC

Trevor...Sabahans especially the young generation, deserve a better future...

Sabah must prioritise passengers safety and dignity at KKIA

Chin...use of aerobridge should be enforced at all Sabah...

Teddy Chin appointed Tuaran Hakka Association’s Advisor

Lo (right) presenting to Teddy (centre) his letter of...

Warisan Inanam approaches youth on 40 percent issue

Lewis Wong...hopes there will be good news when the...

Topics

Align community-based tourism with global trend – Joniston

Joniston at the Program Jejak Kanser at Pekan Kiulu KIULU...

Anak Negeri calls for urgent re-audit and reform of underperforming Sabah state GLC

Trevor...Sabahans especially the young generation, deserve a better future...

Sabah must prioritise passengers safety and dignity at KKIA

Chin...use of aerobridge should be enforced at all Sabah...

Teddy Chin appointed Tuaran Hakka Association’s Advisor

Lo (right) presenting to Teddy (centre) his letter of...

Warisan Inanam approaches youth on 40 percent issue

Lewis Wong...hopes there will be good news when the...

Warisan Inanam dekati golongan muda mengenai isu 40 peratus

Lewis Wong...Ramai golongan muda masih tidak tahu dan faham...

KDM denies 100 members from Kemabong joined Warisan

Willie Jude...Harris Bolos is no longer KDM member, he...

Bullies should face severe penalties, says KGKS president

Murkam...perpetrators to be apprehended and face appropriate consequences. KOTA KINABALU...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img