Friday, June 13, 2025

Lawatan prihatin ke atas mangsa serangan buaya

SANDAKAN : – Prihatin terhadap nasib seorang nelayan yang diserang buaya ketika menjalankan aktiviti memukat, satu lawatan kebajikan telah diadakan ke di Hospital Duchess of Kent, Sandakan bagi menziarahi mangsa yang kini sedang menerima rawatan.

Lawatan ini diketuai oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N.53 Sekong, Hazulizah Mohd Dani, yang turut disertai oleh Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO), Khatizah Ebrahim.

Turut serta dalam rombongan tersebut ialah wakil dari PERKESO Sandakan iaitu Noranisah, Pegawai Eksekutif Sinergi, dan Encik Najib, Pegawai Kerani SKSPS.

Mangsa, seorang nelayan dari Kampung Upak, Pulau Timbang telah diserang oleh seekor buaya semasa memukat berhampiran kampung tersebut pada pagi Isnin, 9 Jun 2025.

Serangan mengejut itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian bahu dan badan sebelum dikejarkan ke hospital.

Sepanjang lawatan tersebut, pihak rombongan telah menyerahkan Kotak Prihatin dan melengkapkan dokumentasi permohonan faedah SKSPS.

Inisiatif ini mencerminkan kerjasama erat antara agensi kerajaan dan komuniti dalam memastikan kebajikan rakyat sentiasa terbela.

Pada masa yang sama, masyarakat setempat diingatkan agar sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti di kawasan perairan yang berisiko.

Hot this week

Let’s not rewrite history: The real backdoor Chief Minister was Shafie Apdal

Commentary by Datuk Seri Panglima Clarence Bongkos MalakunSabah Economic...

Stronger social media influence in the 2025 Sabah elections

Ch'ng...traditional media may continue, but the dissemination of information...

Local veteran journalist supports the holding of HAWANA in Sabah next year

Bingkasan...HAWANA has been celebrated four times in Peninsular Malaysia...

Rasuah Adun Sabah: ‘Sekurang-kurangnya seorang atau dua individu akan dituduh’

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri...

Lelaki kini boleh belajar menjahit: Lasimbang

Jannie Lasimbang bersama peserta Program 'Sew and Save' baru...

Topics

NGO atau peras ugut? Tapisan diperlukan ke atas kumpulan yang memeras ugut syarikat

Terence Fernandez...Samseng yang bertopengkan pertubuhan awam boleh mensabotaj ekonomi. Oleh...

Malaysian’s lacks the maintenance culture,  an acknowledged fact.

By C C PungJustice of Peace ACCIDENTS happen never mind...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img