Kerajaan disaran bantu industri media tempatan hadapi cabaran semasa

Datuk Lichong Angkui berucap di majlis kemuncak sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 di sini pada Sabtu.

KUALA LUMPUR : –  Kerajaan disaran mempertimbangkan langkah-langkah proaktif bagi membantu industri media negara yang sedang menghadapi cabaran besar kerana pada hakikatnya banyak organisasi media sedang bergelut untuk “bernafas”.

Ketua Pengarang Utusan Borneo Sabah Datuk Lichong Angkui berkata persaingan daripada media sosial dan platform digital global, penurunan hasil iklan serta perubahan pola pembacaan rakyat menyebabkan pendapatan syarikat media semakin menyusut, sedangkan kos operasi terus meningkat.

“Cabaran ini menjadikan keadaan kami ‘tidak baik-baik saja’. Oleh itu, kami berharap sungguh agar dapat kiranya kerajaan mempertimbangkan langkah proaktif untuk menyelamatkan industri persuratkhabaran yang semakin mengecil.

“Langkah itu termasuk menerusi insentif kewangan, geran transformasi digital dan kerjasama strategik yang membolehkan media tempatan kekal relevan serta berdaya saing,” katanya berucap sebagai wakil media pada majlis kemuncak sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 di sini hari ini.

Bertemakan “Kewartawanan Era Baharu: Keseimbangan AI dan Etika”, majlis berprestij itu dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut hadir Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa serta Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Wong Chun Wai, Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin, dan Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj merangkap Pengarah Projek HAWANA 2025, serta barisan pengurusan tertinggi syarikat media negara.

Sementara itu, Lichong menzahirkan penghargaan kepada kerajaan dan Perdana Menteri atas kejayaan merealisasikan penubuhan Majlis Media Malaysia (MMM) yang diperjuangkan sejak puluhan tahun lepas.

“Menjadi harapan kami agar MMM bukan saja menjadi badan pemantau kerajaan, tetapi lebih penting turut menjadi pohon pelindung yang teguh akarnya, bebas serta inklusif dalam memelihara integriti dan kebebasan media di negara ini,” katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan, khususnya Kementerian Komunikasi atas inisiatif menubuhkan Tabung Kasih@HAWANA, yang hingga kini telah membantu ratusan pengamal media termasuk yang sudah bersara serta masih bertugas, tetapi menghadapi kesukaran hidup.

“Inisiatif ini membuktikan keprihatinan kerajaan dengan mengambil kira hakikat bahawa, di sebalik ketajaman pena wartawan itu, sebenarnya masih ada ruang untuk rasa belas ihsan dan empati,” katanya.

Mengenai tema HAWANA 2025, Lichong berkata ia mencerminkan realiti semasa dunia kewartawanan yang semakin berubah akibat kemajuan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang turut membangkitkan persoalan etika, ketulenan maklumat dan tanggungjawab sosial wartawan dalam menilai, menyaring dan menyampaikan berita.

Sambutan HAWANA 2025 dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dengan Bernama selaku agensi pelaksana bertujuan mengiktiraf peranan dan sumbangan pengamal media dalam pembangunan negara.

Tarikh 29 Mei telah diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional bersempena dengan penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939, bagi meraikan sumbangan pemain industri yang menjadi medium untuk membentuk minda masyarakat bermaklumat. –  BERNAMA

Hot this week

Malaysia Media Council members announced

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim renewed his media...

Let’s not rewrite history: The real backdoor Chief Minister was Shafie Apdal

Commentary by Datuk Seri Panglima Clarence Bongkos MalakunSabah Economic...

Stronger social media influence in the 2025 Sabah elections

Ch'ng...traditional media may continue, but the dissemination of information...

Local veteran journalist supports the holding of HAWANA in Sabah next year

Bingkasan...HAWANA has been celebrated four times in Peninsular Malaysia...

Rasuah Adun Sabah: ‘Sekurang-kurangnya seorang atau dua individu akan dituduh’

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri...

Topics

Malaysia Media Council members announced

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim renewed his media...

Let’s not rewrite history: The real backdoor Chief Minister was Shafie Apdal

Commentary by Datuk Seri Panglima Clarence Bongkos MalakunSabah Economic...

Stronger social media influence in the 2025 Sabah elections

Ch'ng...traditional media may continue, but the dissemination of information...

Local veteran journalist supports the holding of HAWANA in Sabah next year

Bingkasan...HAWANA has been celebrated four times in Peninsular Malaysia...

Rasuah Adun Sabah: ‘Sekurang-kurangnya seorang atau dua individu akan dituduh’

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri...

Lelaki kini boleh belajar menjahit: Lasimbang

Jannie Lasimbang bersama peserta Program 'Sew and Save' baru...

NGO atau peras ugut? Tapisan diperlukan ke atas kumpulan yang memeras ugut syarikat

Terence Fernandez...Samseng yang bertopengkan pertubuhan awam boleh mensabotaj ekonomi. Oleh...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img