Wednesday, July 9, 2025

Sung Siew Sandakan rai ulang tahun ke-118

Dr Joachim (dua dari kiri) bersama Frankie Phoon (kiri) dan Walter (kanan) turut menyertai larian amal itu bagi kategori veteran.

Dr Joachim (lima dari kanan) bersedia untuk menyempurnakan pelepasan bagi larian 3km.

SANDAKAN :  – Suasana penuh semangat dan perpaduan menyelubungi kawasan Sekolah Menengah Sung Siew pada hari Sabtu sempena acara 118th Anniversary & Fund Raising Onward Sung Siew Run (OSSR).

Acara itu  yang turut menyaksikan pelancaran usaha besar ke arah projek relokasi sekolah tersebut ke tapak baharu di Batu 4, Jalan Cecily Utara.

Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam yang merasmikan penutupan acara tersebut, menzahirkan penghargaan kepada pihak penganjur atas penganjuran acara bermakna itu, sambil menyifatkan hari ini sebagai detik bersejarah bukan hanya untuk sekolah berkenaan, tetapi untuk seluruh komuniti Sandakan.

“118 tahun bukan satu tempoh yang singkat. Ia mencerminkan perjalanan panjang penuh cabaran dan dedikasi. Sekolah Menengah Sung Siew telah melahirkan ribuan pelajar yang berjaya dalam pelbagai bidang – sama ada pendidikan, keusahawanan, perkhidmatan awam, malah di peringkat antarabangsa,” kata Dr. Joachim yang juga merupakan bekas pelajar sekolah itu.

Beliau berkata, program larian amal ini mencerminkan komitmen bersama masyarakat untuk memperkasakan masa depan pendidikan anak-anak Sandakan menerusi penyediaan kemudahan sekolah yang lebih moden dan kondusif.

“Projek relokasi ini adalah satu langkah berani dan berpandangan jauh. Saya yakin dengan fasiliti yang lebih baik dan ruang pembelajaran yang luas, sekolah ini akan terus menjadi institusi unggul dan kebanggaan masyarakat,” tambah Dr. Joachim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.

Acara Onward Sung Siew Run itu berjaya menghimpunkan pelajar, ibu bapa, guru, alumni serta masyarakat setempat yang mengambil bahagian dalam beberapa kategori larian, termasuk 1km, 3km dan sesi berjalan santai, sebagai tanda sokongan terhadap usaha mengumpul dana.

“Sumbangan kita hari ini bukan sekadar derma, tetapi lambang keprihatinan, kasih sayang dan tanggungjawab sosial yang tinggi. Setiap langkah dalam larian ini membawa kita lebih dekat kepada impian besar — sebuah sekolah baharu untuk generasi baharu,” kata Dr. Joachim.

Beliau turut menyeru agar program sebegini dijadikan acara tahunan, bukan hanya sebagai platform pengumpulan dana, tetapi sebagai usaha menyatupadukan komuniti, memupuk gaya hidup sihat serta merapatkan hubungan antara sekolah dan masyarakat.

Turut hadir memeriahkan acara ialah barisan pentadbir sekolah, Lembaga Pengelola, PIBG, para penaja serta sukarelawan yang memainkan peranan penting menjayakan program amal berkenaan.

Turut hadir, Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Papat, Datuk Frankie Poon Ming Fung; Pegawai Pendidikan Daerah, Datu Roslih Datu Siabok; Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Walter Kenson; Pengerusi Lembaga Pengelola SM Sung Siew, Ir. Vun Soon Chong; Yang Di-Pertua PIBG, Dr. Peter Jr Naintin; Pengerusi Persatuan Alumni, Johnny Lin Si Thung dan Pengetua Sekolah, Kwok Chee Yen.

Hot this week

Court sets Aug 20 to hear Peter Anthony’s bid for review

Datuk Peter Anthony seeks review of conviction ahead of...

Hajiji will dreams about the best date to dissolve the State Assembly

Hajiji speaking to the media at the State Assembly...

KGKS supports the call for KPM to provide guidelines for instructions via social applications

Murkam...teachers shouldn't be unnecessarily disturpbed after working hours by...

Sabah’s 40% Entitlement Case: Full Hearing on Monday – July 7

Datuk James Ligunjang...members of the public encouraged to attend...

Sabah Assembly dissolves automatically on Nov 11 if not earlier

Kadzim...the five-year term of the State Assembly is counted...

Topics

Court sets Aug 20 to hear Peter Anthony’s bid for review

Datuk Peter Anthony seeks review of conviction ahead of...

Hajiji will dreams about the best date to dissolve the State Assembly

Hajiji speaking to the media at the State Assembly...

KGKS supports the call for KPM to provide guidelines for instructions via social applications

Murkam...teachers shouldn't be unnecessarily disturpbed after working hours by...

Sabah’s 40% Entitlement Case: Full Hearing on Monday – July 7

Datuk James Ligunjang...members of the public encouraged to attend...

Sabah Assembly dissolves automatically on Nov 11 if not earlier

Kadzim...the five-year term of the State Assembly is counted...

Sabah Political Stability Under Threat: External and Internal Conspiracies Aimed at Undermining Autonomy and Progress

By Datuk James Ligunjang J.P Former State Assemblyman  The political landscape...

PH Sabah to present joint manifesto ahead of state election

Mustapha...highlighting issues close to the hearts of Sabahans. KOTA KINABALU...

Menteri WP nafi Madius dilantik Pengerusi baharu Perbadanan Labuan

Zaliha…Beberapa individu berpotensi sedang dinilai secara teliti untuk jawatan...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img