Home Berita Sampah di Jalan Sungai Batang tidak dikutip hampir satu bulan

Sampah di Jalan Sungai Batang tidak dikutip hampir satu bulan

SANDAKAN : – Penduduk di Jalan Sungai Batang , Batu 10 mengadu kepada ADUN Sungai Manila Datuk Mokran Ingkat sampah sarap mereka tidak dikutip hampir satu bulan.

Mokran telah melawat kawasan terbabit pada Khamis petang untuk bertemu dengan seorang penduduk Lee sebaik sahaja beliau dimaklum berhubung masalah ini.

“Bukan saja sini, saya telah menerima banyak rungutan dari penduduk Jalan Sungai Batang tentang sampah sarap tidak terkutip oleh kontraktor lantikan MPS,” tambah Mokran.

Menurut Mokran , beliau difahamkan pengadu terpaksa mengangkat sampah ke tempat pembuangan sampah lain untuk dibuang kerana sampah beliau sudah penuh.

Mokran meminta kontraktor yang dipertanggungjawabkan kerja-kerja kutip sampah supaya melaksananya mengikut jadual yang ditetapkan , jangan sampai menyebabkan kesulitan kepada masyarakat setempat .

Mokran juga mencadangkan kepada pihak MPS untuk menyediakan tempat membuang sampah untuk penduduk membuang sampah-sampah mereka.

Beliau menasihat penduduk supaya membuang sampah mereka di tempat yang akan disediakan nanti untuk menjaga kebersihan bersama.

Exit mobile version