MCA Sabah agih Jalur Gemilang dan bendera Sabah kepada 10 SJKC di Sandakan

Chin (tengah) bersama wakil-wakil SJKC dan juga pemimpin-pemimpin MCA semasa majis pengagihan bendera pada hari Rabu.

SANDAKAN : – MCA Sabah mengagihkan Jalur Gemilang dan bendera Negeri Sabah kepada 10 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina(SJKC) di Sandakan pada hari Rabu.

Sebanyak 1,000 bendera diagihkan sumbangan Bendahari MCA Sabah Dato’ Chin Kim Hiung telah disampaikan beliau sendiri kepada wakil-wakil sekolah berkenaan.

Menurut Chin, pengagihan bendera-bendera itu bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara kalangan masyarakat terutama generasi muda.

Beliau turut mengajak warga Sandakan untuk kibarkan Jalur Gemilang dan bendera Negeri Sabah sempena sambutan Hari Kebangsaan serta Hari Malaysia 2025.

Setiap SJKC tersebut menerima 100 bendera sumbangan Chin yang juga Ketua MCA Bahagian Libaran

Turut hadir pada majlis  ialah Chin Tze Min, pengerusi Persatuan Jawatankuasa Pengurursan SJKC Sandakan, Chang Fui Chew, pengerusi Majlis Guru Besar SJKC Sandakan, Ketua Bahagian MCA Sandakan Kok Sui Yee, TImbalan Ketua Bahagian MCA Kinabatangan Bryan Au dan AJK masing-masing.