PENAMPANG : – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang ingin memaklumkan berhubung kemudahan e-Reporting PDRM yang disediakan untuk orang awam.
Dalam satu kenyataan di media sosial hari ini, IPD Penampang menerangkan bahawa :
– Kebaikan & Kemudahan
e-Reporting PDRM : https://ereporting.rmp.gov.my
adalah untuk : –
▪️Membolehkan laporan polis dibuat secara atas talian tanpa perlu hadir ke balai.
▪️Mengelakkan kesesakan di balai polis, khususnya ketika bencana banjir dan tanah runtuh.
▪️Mudah diakses pada bila-bila masa melalui portal rasmi PDRM.
▪️Menjimatkan masa dan memudahkan urusan orang ramai.
📌IPD Penampang menggalakkan masyarakat untuk menggunakan kemudahan ini bagi laporan berkaitan kehilangan dokumen, kerosakan harta benda akibat bencana dan lain-lain laporan yang sesuai melalui platform tersebut.
“Rumah kita, kita jaga. Daerah kita, kita lindungi bersama.”
“POLIS & MASYARAKAT, BERPISAH TIADA”