Calon UPKO Tanjung Aru Dennison R Indang (ke 2 dari kanan) ditemani oleh ayahnya Ramdi Indang (kanan), isteri Anita Gapilit (ke 3 dari kanan) dan ibunya Janet Ong (kiri) serta penyokong ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Seri Putatan.
KOTA KINABALU : – “Saya calon Nombor 5 dalam kertas undi ., ” kata Dennison R Indang kepada talantang.com setelah sah diterima bertanding di Kerusi DUN N22 Tanjung Aru.
Menurut Bendahari Agung UPKO itu, 5 (lima) bukan sekadar nombor – ia tanda harapan, usaha, dan semangat untuk membawa suara rakyat Tanjung Aru ke hadapan.
Dennison seterusnya berkata “Dari Dewan Sri Putatan hari ini, kita mula langkah perjuangan: Sabah First.”
Beliau juga memberi tahu UPKO cukup bersedia menghadapi cabaran untuk mencapai kemenangan di kerusi Tanjong Aru pada pilihanraya umum Sabah ke 17 (PRU 17) ini.
Dennison berkelulusan Jurutera Kimia (Kepujian) UMIST, England.
Latarbelakangnya dalam bidang kejuruteraan kimia membuktikan kemampuan analitis dan penyelesaian masalah yang tinggi Dennison.
Ini adalah aset berharga untuk menganalisa masalah kompleks di kawasan Tanjung Aru, seperti isu infrastruktur, pengurusan alam sekitar, dan perancangan pembangunan.
Pendidikan dari universiti terkemuka di UK (UMIST, kini sebahagian dari University of Manchester) memberi beliau pendedahan kepada standard dan amalan terbaik antarabangsa.
Perspektif global ini dapat membantu membawa pembaharuan dan idea progresif kepada pembangunan Tanjung Aru.
Sebagai usahawan, Dennison memahami secara langsung cabaran untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan.
Beliau tidak hanya memahami teori ekonomi, tetapi telah melalui pengalaman praktikal.
Mentaliti usahawan ini selari dengan komitmennya untuk menyediakan peluang pekerjaan.
Beliau cenderung untuk merangka polisi yang mesra perniagaan, menarik pelaburan, dan mendorong pertumbuhan industri tempatan yang seterusnya mencipta pekerjaan.
Sebagai Bendahari Agung UPKO membuktikan bahawa beliau dipercayai untuk jmengurus kewangan parti yang besar.
Kemahiran ini sangat kritikal untuk seorang wakil rakyat dalam memastikan peruntukan kewangan untuk kawasan digunakan dengan cekap, telus, dan memberi impak maksimum.
Sebagai pemimpin tertinggi parti, beliau mempunyai akses dan pengaruh yang kuat memudahkan beliau untuk “menjual” dan melobi projek-projek pembangunan untuk Tanjung Aru di peringkat yang lebih tinggi.
“Seorang pemimpin muda berkarismatik, berwawasan dan )disenangi oleh masyarakat di Tanjung Aru.”
Dennison komited menyediakan jpeluang pekerjaan kepada belia, memperkasakan keusahawanan dikalangan rakyat di Tanjung Aru.
Tumpuan pada belia dan ekonomi adalah dua isu teras bagi mana-mana kawasan. Dennison secara spesifik menangani masalah rakyat dengan fokus pada peluang pekerjaan dan keusahawanan
Dengan menyediakan pekerjaan dan memperkasa usahawan, beliau menangani pasaran pekerjaan dari dua sudut: sebagai pekerja dan sebagai pencipta pekerjaan.
Profil Dennison R Indang menghimpunkan gabungan kepakaran teknikal, kemahiran ekonomi praktikal, pengaruh politik, dan kualiti kepimpinan peribadi yang sangat diperlukan untuk seorang wakil rakyat.
Beliau bukan sekadar politikus tradisional, tetapi seorang pemimpin-penjana ekonomi yang berpotensi untuk
mentransformasi oEkonomi Tanjung Aru dengan pendekatan usahawanannya,mampuh mewakili suara rakyat dengan kefektif di peringkat yang lebih tinggi dan
berkeupayasn menyelesaikan masalah dengan pendekatan berasaskan data dan analisis hasil daripada latar belakang kejuruteraannya.
Dennison juga berkemampuan merangka masa depan Tanjung Aru yang lebih dinamis dan mampan dengan wawasan dan semangat mudanya.
Gabungan latarbelakang kejuruteraan, keusahawan, dan kepimpinan karismatik ini melayakkan Dennison R Indang sebagai satu pakej calon yang lengkap dan meyakinkan untuk mewakili N22 Tanjung Aru.
Dennison berterimakasih kepada kepimpinan 𝙐𝑷𝙆𝑶 atas kepercayaan dan penghormatan memilihnya sebagai calon untuk bertanding di Tanjung Aru.
“Ini merupakan 𝙖𝒎𝙖𝒏𝙖𝒉 besar, dan saya serta 𝒑𝙖𝒔𝙪𝒌𝙖𝒏 kita menerimanya dengan penuh rasa tanggungjawab, ” katanya.
Katanya, dengan semangat 𝑺𝙖𝒃𝙖𝒉 𝑭𝙞𝒓𝙨𝒕, beliau dan pasukan kita 𝒃𝙚𝒓𝙞𝒌𝙧𝒂𝙧 untuk berusaha sehabis baik demi rakyat 𝑻𝙖𝒏𝙟𝒖𝙣𝒈 𝑨𝙧𝒖, 𝙎𝒆𝙢𝒃𝙪𝒍𝙖𝒏 𝒅𝙖𝒏 𝑷𝙪𝒍𝙖𝒖 𝑮𝙖𝒚𝙖.
“Perjalanan baharu ini bermula dengan keyakinan anda, ” katanya dengan penuh yakin UPKO akan menang di Tanjung Aru.



