Calon KDM SAPP Elopura Liau Fui Fui ‘Walkabout’  di Bandar Kim Fung

79

Liau Fui Fui Turun Padang di Bandar Kim Fung: Terima Aduan Tandas Tersumbat, JPPS Segera Ambil Tindakan.

SANDAKAN : – Para peniaga serta pengundi di Bandar Kim Fung, beberapa pemilik kedai telah mengemukakan aduan mengenai masalah tandas serta sistem pembetungan yang kerap tersumbat.

Liau Fui Fui Calon N.55 Elopura
Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dalam satu kenyataan  media berkata: –

“Siasatan awal mendapati punca utama masalah ini adalah sampah, sisa makanan dan objek asing yang dibuang ke dalam sistem pembetungan, termasuk minyak dan lemak masak yang mengeras sehingga menyekat aliran paip.”

“Selepas menerima aduan tersebut, saya segera menghubungi Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sabah (JPPS), katanya.

Pihak JPPS telah mengesahkan bahawa pasukan teknikal akan turun ke lokasi bagi menjalankan:-

•  kerja-kerja penyahserakan paip,
•  pembersihan saluran,
•  serta pemeriksaan terhadap keadaan sistem pembetungan.

Selain tindakan segera, Liou juga akan berbincang dengan jabatan berkaitan untuk mencari penyelesaian jangka panjang, termasuk:

•  mekanisme mencegah sampah dan minyak memasuki sistem paip,
• meningkatkan pematuhan pengendali makanan terhadap pengurusan minyak dan sisa pepejal,
•  serta melihat keperluan penambahbaikan infrastruktur sedia ada.

Seterusnya Liau berkata, ” Saya akan terus memantau perkembangan sehingga isu ini diselesaikan sepenuhnya demi memastikan para peniaga dan penduduk di Bandar Kim Fung menikmati persekitaran yang bersih, selesa dan selamat.”

Previous articleHazem: Being son of TYT Tun Musa should not be used as a political issue
Next articleKenali Edna Jessica Majimbun calon Warisan N 18 Inanam