KPM lulus pembinaan sekolah baharu di bawah PPD Tuaran

113

Madius bertanya KPM bilakah project sekolah baharu di bawah PPD Tuaran dijangka siap sepenuhnya.

KUALA LUMPUR : – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meluluskan beberapa projek pembinaan sekolah baharu di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tuaran.

Pertama adalah projek pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nabalu yang ada 18 bilik darjah sudah diluluskan di bawah RMK12 Rolling Plan kelima (RP5) tahun 2023 dengan kos RM110 juta.

Menteri Pendidikan memberitahu perkara ini dalam jawapan bertulis menjawab soalan Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Panglima Madius Tangau di sidang Dewan Rakyat.

Madius bertanya kepada KPM mengenai perkembangan terkini pembinaan SMK Nabalu, SMK Laya-Laya serta semua sekolah baharu di bawah PPD Tuaran dan bilakah kesemua projek sekolah tersebut dijangka siap sepenuhnya.

“Projek kedua adalah pembinaan baharu SMK Laya-Laya yang melibatkan 36 bilik darjah serta kemudahan piawai telah diluluskan di bawah RMK12 Rolling Plan keempat (RP4) tahun 2024.

“Kedua-dua projek akan dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia melalui kaedah reka dan bina,” kata Menteri tetapi hasil penelitian bersama Kementerian Ekonomi mendapati kos asal tidak mencukupi untuk membina SMK Nabalu.

Ini kerana keadaan tapak berbukit dan berlembah yang memerlukan kerja pemotongan tanah serta perlindungan cerun intensif.

Selain itu, ada keperluan untuk menaik taraf jalan masuk sepanjang 3.5 kilometer. Bagaimanapun, KPM mendapat pengecualian syarat naik taraf jalan masuk selepas sesi libat urus bersama agensi teknikal tempatan.

Ketika ini, JKR sedang melaksanakan kerja awalan dan siasatan tanah bagi mengkaji kebolehlaksanaan projek.

Projek kedua adalah pembinaan baharu SMK Laya-Laya yang membabitkan 36 bilik darjah serta kemudahan piawai telah diluluskan di bawah RMK12 Rolling Plan keempat (RP4) tahun 2024.

Projek ini juga dilaksanakan oleh JKR Malaysia selaras dengan Arahan AP 182.

Status semasa adalah dalam fasa perolehan kontraktor reka dan bina, dengan jangkaan lantikan kontraktor pada Mac 2026. Tempoh pembinaan yang ditetapkan ialah 36 bulan.

Selain itu, dua lagi projek baharu telah diluluskan di bawah RMK12 Rolling Plan kelima (RP5) tahun 2025, iaitu Sekolah Seni Malaysia Sabah d Kampung Laya-Laya dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV) Tuaran.

Kedua-dua projek ini juga dilaksanakan oleh JKR Malaysia. Status semasa adalah proses menentukan sempadan tapak di atas lot milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) yang berkeluasan 80 ekar.

“Kerja awalan akan dimulakan sebaik sahaja sempadan tapak dimuktamadkan,” kata Menteri berkenaan.

Previous articleSTAR to remain in opposition, insists Sabah must be governed by local parties
Next article