Calvin Chong…ada kawasan dilaporkan tidak menerima bekalan air sejak tahun lalu.
SANDAKAN : – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N55 Elopura Calvin Chong mengesah kerajaan mengambil tindakan menyelesaikan isu berhubung gangguan bekalan air yang berlarutan antara tempoh empat hari hingga lebih sebulan di Sandakan.
Menurut ADUN Warisan itu, kawasan yang terlibat ialah kawasan kediaman dan perindustrian termasuk Taman Hing Lee, Taman Vun Wu, Bandar Utama (IJM), Taman Indah Jaya, Santosa Apartment, Jalan Bukit Maktab serta Sedco (Taman Industri)
“Keadaan ini telah memberi kesan besar kepada kehidupan harian penduduk serta operasi perniagaan, ” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Calvin terdapat kawasan perindustrian yang dilaporkan tidak menerima bekalan air sejak tahun lalu, sekali gus menjejaskan aktiviti ekonomi setempat dan menimbulkan tekanan berpanjangan kepada komuniti.
Gangguan bekalan air berterusan bukan sahaja menjejaskan kebajikan rakyat, tetapi turut memberi kesan kepada kesihatan awam, kebersihan, dan kelangsungan operasi perniagaan kecil serta industri.
Situasi ini tidak boleh dipandang ringan dan memerlukan tindakan segera serta penyelesaian jangka panjang yang berkesan.
Sehubungan itu, beliau mendesak pihak berwajib untuk:
* Memberi penjelasan rasmi mengenai punca gangguan bekalan air yang berlarutan.
* Melaksanakan tindakan kecemasan termasuk penghantaran bekalan air alternatif secara konsisten ke kawasan terjejas.
* Mengemukakan pelan penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang yang jelas bagi memastikan masalah ini tidak berulang.
* Memastikan pemantauan berterusan terhadap kawasan yang paling kritikal, khususnya kawasan perindustrian dan penempatan berpenduduk padat.
“Kebajikan rakyat dan kelangsungan ekonomi setempat mesti menjadi keutamaan.”
Calvin berharap pihak berkaitan perlu bertindak segera, telus dan bertanggungjawab dalam menangani isu asas yang menjejaskan kehidupan harian masyarakat ini.
Aduan rasmi berkaitan perkara ini telah diterima pada 27 Februari 2026, dan tindakan susulan amat diharapkan dalam kadar segera demi kesejahteraan semua pihak terlibat.



