Saturday, July 12, 2025

Kerajaan disaran edarkan Buku Perlembagaan Persekutuan percuma kepada Rakyat

Madius…rakyat perlu memahmi bahawa Perlembagaan Persekutuan amat penting dan boleh menjadi pelindung kepada semua pihak di dalam negara.

KUALA LUMPUR : – Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (UPKO – Tuaran) menyarankan agar kerajaan meningkatkan kesedaran rakyat tentang kandungan Perlembagaan Persekutuan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Menurutnya, ini bagi membolehkan rakyat memahami sekaligus memupuk semangat cintakan negara yang tinggi serta mengetahui hak masing-masing yang dilindungi oleh perlembagaan.

“Sebab itu saya mencadangkan Menteri Perpaduan Negara supaya mencetak dan mengedarkan secara percuma bermula daripada Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di bawah seliaan kementerian ini.

“Ini bagi membolehkan timbul kesedaran bukan sahaja dalam kalangan rakyat tetapi juga dalam kalangan para pemimpin tempatan malah juga wakil – wakil rakyat dalam menyuarakan sesuatu pandangan, tindakan atau mengambil sebarang keputusan.”

“Maka dengan itu, tidak timbul lagi persoalan tentang hak – hak tertentu termasuk dalam hal ehwal pindaan – pindaan perlembagaan seperti yang berlaku berulang kali di Dewan Rakyat,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2025, di sini, pada Selasa

Madius berkata, rakyat perlu memahmi bahawa Perlembagaan Persekutuan amat penting dan boleh menjadi pelindung kepada semua pihak di dalam negara.

“Seperti juga setiap Ahli Parlimen telah mengangkat sumpah untuk mempertahankan perlembagaan negara di Dewan yang mulia ini.

“Jadi sekali lagi saya cadangkan kepada Menteri Perpaduan Negara agar buku ini dapat dicetak secara meluas dan diserahkan kepada orang ramai secara percuma,” ujarnya.

Hot this week

Keningau to host the first Dusunic Sabah Carnival in August

Lawrence Gimbang...the carnival encourage the use of Dusunic language...

Honouring Sabah’s rights dispel suspicion, lead to a harmonious and united Malaysia

Joniston..The 'Rumah Kita, Kita Jaga' slogan is not anti-Federal...

Sekolah Visi Sandakan Cemerlang di BIICC 2025 Kuching, Sarawak

Pemenang Anugerah Pingat Emas 5 Emas, 2 Perak, 7 Gangsa...

PIBG digesa jadi nadi suara Wakil Rakyat

Joniston bersama wakil wakil 24 PIBG yang menerima...

Joint PBS-STAR  Convention 2025 on Saturday

Joniston...the convention is aimed at strengthening cooperation to secure...

Topics

A book by Chan Kang Yuen, 90, on his 60-year career as a journalist

By C C PungJustice of Peace My old friend Chan...

100 years of Dr Mahathir and his legacy

By Datuk James  Ligunjang J.P Former State Assemblyman  While Social Activist...

Demography Under Siege – A Call to Action

Datuk Henrynus Amin delivering his policy speech during ANAK...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img