Thursday, March 6, 2025
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

Kerajaan Madani telah memperuntukkan jutaan ringgit laksana berbagai projek di Sandakan

KUALA LUMPUR : – Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee pada sesi pertanyaan hari ini, bertanya kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, mengenai belanjawan dan pelaksanaan penyelenggaraan jalan persekutuan dan lampu jalan yang telah dijalankan di Sandakan sehingga kini.

Dalam jawapannya, Alexander menyatakan, bahawa dari tahun 2023 hingga 2025, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM7.71 juta untuk tujuan penyelenggaraan rutin di kawasan Sandakan

Ini termasuk kerja-kerja selenggara kawasan laluan jalan (pavement), pemotongan rumput, penyelenggaraan bahu jalan, penyelenggaraan perabot jalan, penyelenggaraan jambatan dan culvert serta penyelenggaraan longkang yang dilaksanakan oleh syarikat konsesi berdasarkan skop kerja yang telah ditetapkan.

Selain itu, dalam tempoh itu, kerajaan juga telah memperuntukkan RM53.149 juta untuk berkala pavement, melibatkan 25 projek; RM6.6 juta untuk kerja berkala bukan pavement, melibatkan 12 projek; RM1.109 juta untuk kerja elektrik, melibatkan 6 projek; dan RM8.78 juta untuk cerun, melibatkan 3 projek.

Dalam sesi pertanyaan yang sama, Vivian juga bertanya jadual khusus untuk penyelenggaraan lampu jalan di kawasan Sandakan. 

Menteri menjawab bahawa Jabatan Kerja Raya (JKR) Sandakan pada masa ini menjalankan penyelenggaraan lampu jalan setiap satu hingga dua bulan sekali dan kerja-kerja tersebut dilakukan pada waktu malam.

Menteri turut menyatakan bahawa berdasarkan pemeriksaan, JKR Sabah telah menjalankan pembaikan lampu jalan di kawasan selekoh tersebut pada tahun 2024 dan telah berhubung dengan Majlis Perbandaran Sandakan untuk menyelesaikan masalah dahan pokok yang menghalang pencahayaan lampu jalan.

Selain itu, pihaknya juga akan menambahkan kemudahan papan tanda yang sesuai di kawasan selekoh tersebut

Vivian juga meminta Kementerian Kerja Raya untuk menjalankan audit keselamatan jalan raya di kawasan Batu 5, Jalan Utara Sandakan memandangkan kawasan tersebut sering mengalami kemalangan jalan raya.

Popular Articles