Saturday, July 27, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

Pelajar cemerlang dapat sumbangan daripada Tangau

Stanley Jungkat (kiri) menyerahkan sumbangan Tangau kepada Johnny Amit disaksikan Andrea Brenda.

Oleh Hardy Joe

Foto Mohd Syukrie Johary

TAMPARULI (Khamis 17 Ogos): Andrea Brenda Johnny dari Kampung Tambalugu di sini, yang bakal menyambung pelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan menerima sumbangan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Sumbangan disampaikan bekas Ketua Kampung Tambalugu, Stanley Jungkat kepada bapa pelajar, Johnny Amit di kediaman mereka Kampung Lakang di sini.

Stanley berkata, sumbangan berbentuk wang itu untuk meringankan beban pelajar terbabit untuk ke IPT.

Sementara itu, Johnny menyifatkan pemberian Tangau sedikit sebanyak membantu meringankan beban kewangan keluarga untuk menampung kemasukan anaknya ke IPT.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Tangau kerana sudi memberikan sumbangan itu kepada Andrea Brenda.

Popular Articles