McManus Sing (kanan),Timbalan Pengetua MRSM Kuching, bersama Timbalan Premier Sarawak Prof Datuk Amar Prof Dr Sim Kui Hian (kiri).
Oleh Mcmanus Sing
Timbalan Pengetua
MRSM Kuching
SETIAP waktu dan ketika adalah peluang untuk berkembang.
Terinspirasi oleh wawasan Datuk Amar Prof. Dr. Sim Kui Hian, Timbalan Premier Sarawak tentang Sarawak 2030 – suatu inisiatif kemakmuran.
Mereka tidak lagi bercerita tentang lapangan terbang semata-mata tetapi suatu inisiatif lebih besar untuk menjadi hab penerbangan dunia seperti Dubai dengan syarikat penerbangan milik Sarawak.
Mereka kini mengorak langkah berani menjadi hab kewangan dengan sasaran KDNK sebanyak RM282 bilion menjelang 2030.
Hasil awalnya, pembinaan 10 jambatan utama di Sarawak dibiayai oleh kerajaan Sarawak di samping sistem pengangkutan ART yang akan menghubungkan Kuching dengan bandar-bandar utama di Sarawak.
Dalam soal pendidikan contohnya, Sarawak terus membuka peluang pendidikan bertaraf dunia bagi merealisasikan visi Sarawak 2030 dengan kewujudan universiti antarabangsa milik kerajaan Sarawak seperti Curtin University Malaysia dan Swinburne University Sarawak.
Yang lebih menarik adalah mereka akan memberikan pendidikan tinggi percuma menjelang 2026. Ini adalah wawasan kemakmuran besar oleh kerajaan Sarawak, dan persoalannya ialah sama ada ia dapat dicapai.
Seperti yang ditegaskan oleh Timbalan Premier Sarawak, usaha ini merupakan cabaran besar. Namun, secara peribadi, saya yakin Sarawak mampu mencapainya.
Selepas terinspirasi mendengar ucapan oleh Timbalan Premier Sarawak, hati ini begitu teruja, namun masih tetap original Sabahan—berakar di tanah kelahiran.
Harapan tetap tinggi agar negeri kita, Sabah, terus berkembang seiring, membawa kesejahteraan kepada semua anak watan.
Terberkatilah.
