Friday, October 18, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

Warga Indonesia diingat sentiasa patuhi undang-undang Malaysia

Heni (kiri) melakukan tabik hormat ketika upacara mengibarkan bendera negara Indonesia di Konsulat Republik Indonesia di Tawau.

Heni (tujuh kiri) bergambar kenangan bersama perwakilan Indonesia di Tawau.

Oleh Nilam Raon

TAWAU (17 Ogos):  Rakyat Indonesia yang berada di pantai timur Sabah diminta sentiasa mematuhi segala undang-undang negara Malaysia.

Mereka dinasihatkan untuk tidak menyamakan undang-undang negara Indonesia dengan Malaysia tetapi mengamalkan prinsip melalui pepatah ‘di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.’

“Kepada warga Indonesia yang berada di pantai timur Sabah ini perlu terus mematuhi segala undang-undang negara Malaysia dan jangan samakan undang-undang negara kita,” kata Ketua Perwakilan Pejabat Konsulat Republik Indonesia Di Tawau, Heni Hamidah pada Khamis.

Beliau berkata ketika berucap pada Peringatan Hari Ulang Tahun (HUT) Kemerdekaan Republik Indonesia Ke-78 di Konsulat Indonesia Tawau di sini Khamis.

Jumlah rakyat Indonesia di kawasan pantai timur Sabah dianggarkan berjumlah lebih 172,000 orang di mana 78 peratus bekerja di sektor perladangan.

Heni juga mengingatkan rakyat Indonesia terus bersatu walau berbeza pilihan pemimpin yang mereka mahukan bagi meneraju negara Republik itu.

“Rakyat Indonesia yang berada di kawasan pantai timur Sabah perlu memperkukuh kesatuan menjelang pemilihan umum Presiden Indonesia yang berlangsung pada Februari tahun hadapan,” katanya.

Beliau menggesa rakyat Indonesia mengekalkan keamanan dan keharmonian ketika berada di luar Indonesia bagi menunjukkan contoh terbaik sebagai duta kecil negara itu.

Terdahulu peringatan HUT Kemerdekaan Indonesia di Konsulat Indonesia Tawau berlangsung penuh tertib mengikut tradisi negara itu yang dihadiri kira-kira 300 warganya yang berada di pantai timur Sabah.

Pada peringatan itu berlangsung upacara pengibaran bendera negara Indonesia dan penganjuran pesta rakyat di perkarangan Konsulat Indonesia Tawau sebagai simbolik HUT Kemerdekaan Republik Indonesia.

Caption

Popular Articles