Saturday, April 19, 2025

Fasa peralihan monsun bermula Selasa ini, masyarakat dinasihat berwaspada

Kota Marudu banjir dapan KFC Jalan  Hospital Lotong. Gambar Herman Taim

KOTA KINABALU :  –  Fasa peralihan monsun dijangka akan bermula pada 25 Mac ini dan berterusan sehingga Mei depan dan ia menandakan fasa  berakhirnya Monsun Timur Laut 2024/25 yang telah melanda negara sejak 5 November 2024.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) Mohd Hisham Mohd Anip berkata, semasa fasa peralihan monsun, negara akan mengalami tiupan angin lemah dari pelbagai arah. 

Katanya, keadaan ini berpotensi menggalakkan pembentukan awan ribut petir yang boleh membawa hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh yang singkat, terutamanya pada waktu petang dan awal malam. 

“Kawasan yang dijangka terjejas termasuk bahagian barat dan pedalaman Semenanjung serta bahagian barat Sabah dan Sarawak.

“Fenomena cuaca ini berisiko menyebabkan kejadian banjir kilat dan kerosakan pada struktur yang tidak kukuh. Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan ramalan serta amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MET Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hisham berkata, masyarakat boleh mendapatkan maklumat terkini melalui laman web rasmi MET Malaysia, aplikasi mobil myCuaca, dan media sosial rasmi Jabatan. 

Selain itu katanya, sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan dengan menghubungi Hotline Jabatan di nombor 1-300-22-1638.

Pihaknya turut menegaskan pentingnya kesedaran awam dalam menghadapi perubahan cuaca yang tidak menentu ini.

“Kami menggesa orang ramai untuk sentiasa peka dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini,” katanya.

Hot this week

The forthcoming State election a litmus test for Hajiji’s leadership

Dr Kanul Gindol...the ruling coalition is a GRS-PH Plus...

Dr Joachim wakili Ketua Menteri di Majlis Hari Raya Madani Lahad Datu

Dr Joachim menyampaikan sumbangan Aidilfitri Madani kepada anak-anak yatim. Dr...

KLK Borneo Sevens 2025 DAY 1 April 19

Malaysian University players trying to stop an Eagles RFC...

Healthy lifestyle campaign to encourage new behaviour among UMS students

UMS Faculty of Social Sciences and Humanities Dean Professor...

SAREC 2025 to unlock new opportunities in Sabah renewable energy sector

KOTA KINABALU (: Qhazanah Sabah Berhad (QSB), a wholly-owned...

Topics

Mostly it is loss which teaches us about the worth of things

By C C PungJustice of Peace I used to reminisce...

Solution-Oriented Political Coalition to Build Sabah

By Chan Loong WeiDAPSY Sabah Chief KOTA KINABALU : -...

Jurulatih legenda bolasepak Sabah Stanley Chew cadang formula penuhkan stadium

Penulis bersama Stanley Chew dalam "kupi-kupi" di Tuaran baru-baru...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img