Wednesday, October 9, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

Lelaki bersama 1.9kg syabu ditahan 

Jasmin (tengah) menunjukkan rampasan dadah jenis syabu seberat 1.917 kg.

Oleh Nilam Raon

TAWAU (Jumaat 18 Ogos): Seorang lelaki dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah ditahan bersama 1.917 kilogram (kg) syabu bernilai RM120,000 di ladang kelapa sawit Kalabakan pada Rabu.

Ketua Polis Daerah, ACP Jasmin Hussin berkata, dalam kejadian jam 4 petang itu, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik melihat seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan dan cuba melarikan diri ketika ditahan untuk pemeriksaan.

Menurutnya, anggota berjaya menahan lelaki berkenaan dan menjalankan pemeriksaan lalu mendapati ada dua bungkusan plastik dipercayai berisi dadah jenis syabu dalam beg galas berwarna biru yang dibawanya.

“Dalam kes ini kita menahan seorang suspek lelaki berumur 36 tahun yang tiada dokumen pengenalan diri sah dan hasil ujian air kencing ke atas suspek didapati positif dadah jenis Amphetamine,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau di sini Jumaat.

Katanya, suspek yang tidak memiliki rekod kesalahan jenayah lampau itu telah ditahan reman selama tujuh untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Kita percaya dadah ini dibawa dari luar untuk pasaran tempatan yang secara anggaran boleh mempengaruhi sehingga 20,000 orang,” katanya lagi.

Jasmin berkata, sepanjang tahun ini IPD Tawau telah merampas 26,155.66 gram bahan disyaki dadah jenis syabu.

“Kita menyeru masyarakat agar sentiasa bekerjsama dengan menyalurkan maklumat dan dalam masa sama kita perlu memantau anak-anak remaja kita agar tidak terjebak dengan penyalahgunaan dadah ini,” katanya.

Popular Articles