Tuesday, June 17, 2025

Dr Kanul cabar parti politik Sabah ‘tolak parti luar’

KOTA BELUD : – Para pemimpin politik Sabah diingat jangan hanya mempermainkan  perasaan rakyat Sabah dengan mempromosi slogan “tolak parti luar/Malaya” ketika musim mahu meraih sokongan.

Tetapi nanti pada malam keputusan pilihanraya mereka sedia duduk berunding dengan Umno, PKR dan DAP pula untuk cuba membentuk kerajaan negeri,” kata Dr Kanul Gindol.

Aktivis Sabah itu berkata demikian ketika bercakap pada satu ceramah politik anjuran Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) di Kg Bukit Bendera Taginambur dekat sini malam tadi.

“Jika ini yang berlaku, percayalah pada saya, parti kamu tidak akan dipercayai rakyat lagi dua tahun dari sekarang ketika pilihanraya umum parlimen 2027 nanti, bahkan akan ditolak dan diludah rakyat pada PRN yang akan datang, empat atau lima tahun lagi.”

“Saya sendiri sudah bosan melihat pembohongan demi pembohongan slogan dan janji pemimpin Sabah sendiri, dan saya rasa rakyat pun tidak lagi boleh menerima cara begini,” katanya dalam ucapan ringkas beliau.

Menurutnya lagi, selama lebih 60 tahun sejak 1963, rakyat Sabah begitu mudah dibohongi dan mereka pula amat lambat menghukum pemimpin mereka yang suka menipu, tetapi mungkin ini bakal berakhir pada pilihanraya yang akan datang.

Dr Kanul yang juga Penyelaras Zon Utara bagi Parti Kerjasama Anak Negeri kemudian pada sesi soal-jawab majlis itu mencabar parti KDM membuat komitmen bagi menolak parti-parti Malaya atau parti dari luar, dan tidak hanya berteriak sana-sini menolak parti Malaya.

“Saya harap para pemimpin KDM dari Kadamaian membawa perkara ini kepada Majlis Tertinggi KDM demi kebaikan mereka sendiri. Saya harap pandangan saya akan diterima dengan positif,” katanya lagi.

Turut hadir dan berucap pada majlis semalam ialah Penyelaras KDM Kadamaian, Zamal Intim, Setiausaha KDM Kadamaian, Danny Leinsin Limpakan dan Ketua Cawangan KWSP Kota Marudu, Josely Taising yang dijemput memberi taklimat khas mengenai caruman sukarela KWSP.

Hot this week

Parti ANAK NEGERI Forges New Path with Youth Leadership Appointments

Trevor Marinking - Secretary General KOTA KINABALU : -  Parti...

The Case for Sabah’s Political Leadership, Dominance and Autonomy

By Datuk James Ligunjang JP Former State Assemblyman KOTA KINABALU :...

Stop twisting the facts, Daniel – Shafie’s appointment was murky!

Malakun...Let’s set the record straight because Sabahans deserve the...

Food is an essential component of culture

Non halal Nasi Lemak, a popular dish on the...

Topics

Parti ANAK NEGERI Forges New Path with Youth Leadership Appointments

Trevor Marinking - Secretary General KOTA KINABALU : -  Parti...

The Case for Sabah’s Political Leadership, Dominance and Autonomy

By Datuk James Ligunjang JP Former State Assemblyman KOTA KINABALU :...

Stop twisting the facts, Daniel – Shafie’s appointment was murky!

Malakun...Let’s set the record straight because Sabahans deserve the...

Food is an essential component of culture

Non halal Nasi Lemak, a popular dish on the...

Malaysia Media Council members announced

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim renewed his media...

Kerajaan disaran bantu industri media tempatan hadapi cabaran semasa

Datuk Lichong Angkui berucap di majlis kemuncak sambutan Hari...

Let’s not rewrite history: The real backdoor Chief Minister was Shafie Apdal

Commentary by Datuk Seri Panglima Clarence Bongkos MalakunSabah Economic...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img