Cikgu Kamaliah bersama murid-muridnya yang kelihatan teruja dapat mengenali serta dapat memegang daun keladi.

Hasil kerja murid -murid.
TELUPID, Sandakan : – Murid-murid Tahun 3 Sekolah Kebangsaan Telupid telah melaksanakan aktiviti ‘CAPAN’ baru baru ini.
Guru Pendidikan Seni Visual Kamaliah Timbun berkata aktiviti ini bertujuan untuk memperkenalkan teknik capan menggunakan bahan-bahan semula jadi.

Beliau menerangkan dalam aktiviti ini murid murid telah menggunakan tangkai daun keladi yang bersaiz besar untuk menghasilkan corak capan.
“Mereka menggunakan potongan tangkai daun tersebut dengan menyapukan permukaannya dengan warna kemudian menekapkannya ke atas kertas untuk menghasilkan corak CAPAN yang unik,” katanya
Menurut Cikgu Kamaliah, teknik ini bukan sahaja menggalakkan kreativiti murid, tetapi juga memberi mereka pengalaman langsung dalam menghargai keindahan alam semula jadi.
“Aktiviti ini selain dapat meningkatkan minat mereka dalam seni, ia turut menanamkan sikap menghargai flora di persekitaran mereka, ” jelas Cikgu Kamaliah.
SK Telupid merupakan salah sebuah sekolah di daerah Telupid, Tongod, Sabah.