Sunday, April 13, 2025

Pos Tambulanan Tawau : Pertahanan strategik baharu TDM memperkasa kedaulatan Sabah

TAWAU : – Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, telah menyempurnakan acara perasmian Pos Tambulanan di Tawau, Sabah. Beliau diiringi oleh Panglima Medan Timur Tentera Darat (PMT TD), Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi bin Md Lepi.

Kedudukan Pos Tambulanan yang strategik di Tawau akan memperkukuh kehadiran Tentera Darat Malaysia (TDM) di kawasan hadapan, bertindak sebagai zon penampan dan platform unjuran kuasa bagi operasi keselamatan.

Pembinaan Pos Tambulanan yang bermula sejak September 2023 berjalan serentak dengan pembinaan Pos Ladang Brantian, juga di Tawau dengan kedua-dua pos dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2025.

Inisiatif ini menyusuli kejayaan penyiapan Pos Felda Selatan di Kalabakan pada tahun lepas, yang juga telah dirasmikan oleh PTD pada 30 Disember 2024 dan kini beroperasi sepenuhnya.

Konsisten dengan visi Angkatan Masa Hadapan TDM, Pos Tambulanan mengintegrasikan teknologi termaju pengawasan merangkumi sistem komunikasi taktikal bersepadu untuk integrasi operasi, platform pengawasan dron dan sistem tenaga solar autonomi untuk kelangsungan operasi.

Perluasan kehadiran strategik TDM di Sabah juga meliputi pembangunan empat pos keselamatan di Pulau Sebatik yang telah diluluskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), dengan satu pos di Sungai Kuning bakal menjadi Pangkalan Operasi Hadapan TDM.

Turut berlangsung sewaktu acara perasmian tersebut adalah acara menanam pokok oleh PTD bagi memperingati detik bersejarah tersebut dan penyerahan ‘Beg Raya’ kepada Pegawai dan anggota di pos tersebut sebagai bukti keprihatinan kebajikan pucuk pimpinan TDM. Hadir sama adalah Pegawai-Pegawai Kanan TDM.

Sumbar:
Sel Op Media
Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat

Hot this week

Time to bury the hatchet, says Salleh.

SEMPORNA : Sabah UMNO Treasurer Datuk Seri Dr Salleh...

Joseph Alex Chang to defend his Penampang PKR chief post

PENAMPANG : Penampang PKR chief Joseph Alex Chang has...

Huge potential for Kiulu to become sports and tourism hub

Datuk Joniston Bangkuai unveiling the 1st Kiulu Open Athletics...

Warga emas OKU dibantu bina tempat berteduh selepas kehilangan tempat tinggal

SANDAKAN : Seorang wanita warga emas orang kurang upaya...

The Way Forward for MA63 to Improve Sabah’s Economy

By Datuk James LigunjangJustice of Peace SINCE the establishment of...

Topics

Linking Warisan with PTI issue

By Remy MajangkimSabah Social Activist Can the strategy scare off...

Strengthen economic resilience amid US tariff pressures

Dennison Indang...reaffirmed UPKO’s commitment to working with all levels...

Search on for Sandakan’s next iconic pastry

SANDAKAN : - What will be the next UFO...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img