Friday, October 18, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

PPD diminta sokong minat pelajar Kudat ceburi STEM

Muddin (dua kanan) menyempurnakan majlis perasmian penutupan STEM Fiesta pejabat pendidikan Kudat di Dewan Hakka, Kudat.

Oleh Hardy Joe

Foto Mohd Syukrie Johary 

KUDAT (Sabtu 19 Ogos): Jabatan Pendidikan Sabah menggesa semua pejabat pendidikan daerah (PPD) di negeri ini memberi galakan dan sokongan kepada pelajar untuk mencebur bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah, Muddin Beting berkata usaha itu akan membawa kepada kejayaan serta perkembangan berkekalan dalam industri teknologi dan sains di Sabah.

“Pelajar di Kudat tidak hanya mempunyai kemahiran saintifik, tetapi pemahaman teori sains dan aplikasi dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik.

“Oleh itu, saya berharap semua PPD di Sabah, termasuk Kudat terus menggalakkan dan menyokong minat pelajar menceburi bidang STEM,” katanya pada Majlis Penutupan STEM Fiesta PPD Kudat di Dewan Hakka, di sini pada Jumaat.

Program yang diadakan sejak 17 Julai sehingga 18 Ogos ini adalah sebahagian daripada siri anjuran jabatan pelajaran Sabah membabitkan 16 sekolah di Kudat.

Selain pameran inovasi, pelbagai aktiviti menarik diadakan untuk menguji kreativiti dan penyelesaian masalah pelajar dalam bidang berkaitan.

Program itu anjuran PPD Kudat, Jabatan Pendidikan Sabah serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah.

Beliau berkata, ini akan membawa kepada kejayaan dan perkembangan yang berkekalan dalam industri teknologi dan sains di Sabah.

Katanya, pelajar di Kudat tidak hanya mempunyai kemahiran saintifik, tetapi pemahaman teori sains dan aplikasi sains dalam bidang Sains STEM.

Popular Articles