Saturday, July 27, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

Petronas raih 40 pengamal media di Sandakan

Sebahagian daripada pengamal media hadir di majlis malam bersama Petronas.

SANDAKAN (Sabtu 19 Ogos) : Media memainkan peranan membentuk persepsi, menyebarkan maklumat dan meningkatkan kefahaman masyarakat melalui liputan berita, analisis, penulisan pendapat atau rencana.

Ketua Perhubungan Media, Perhubungan dan Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas, Azman Ibrahim berkata, para pengamal media mempunyai tugas yang penting untuk menyebarkan maklumat kepada orang awam.

“Saya gembira dapat bersuai kenal dengan orang-orang media dan diharap majlis seperti ini akan dapat merapatkan hubungan antara Petronas dan pengamal media,” katanya dalam ucapan di majlis makan malam bersama media di Pavilion Hotel pada malam Jumaat.

Sementara itu, ketika ditemui media selepas majlis, Pengerusi Persatuan Media Sandakan Sabah (PEMASSA) James Leong berterima kasih kepada Petronas kerana menganjurkan program jalinan itu bersama pengamal media di Sandakan.

“Diharap ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua pihak. Media Sandakan juga akan sentiasa bersedia memberi kerjasama kepada program anjuran Petronas,” katanya. 

Makan malam Petronas bersama Media Sandakan diadakan pada 18 Ogos dihadiri hampir 40 pengamal media yang berpangkalan di Sandakan yang menganggotai PEMASSA.

Hadir sama Ketua Operasi Petronas Sabah dan Labuan Jasper Diego, James Leong dan Pengurus Penyiaran RTM Sandakan (Sandakanfm) Sugiman Rafai.

Popular Articles