Friday, May 9, 2025

RM9.7j naiktaraf, selenggara bangunan KAFA

Hajiji

KOTA KINABALU (Sabtu 19 Ogos):  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyalurkan peruntukan sebanyak RM9.7 juta bagi menaiktaraf dan menyelenggara bangunan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang daif di Sabah pada tahun 2022.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Haji Noor berharap peruntukan yang lebih besar untuk tujuan itu dapat diteruskan tahun ini.

“Bagi menghargai bakti guru-guru KAFA dalam mendukung hasrat Kerajaan untuk pemerkasaan Modal Insan di Sabah, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) meluluskan pemberian elaun tambahan sebanyak RM100 kepada setiap guru KAFA di Sabah berkuat kuasa 1 Jun 2023.

“Semoga dengan bantuan itu dapat meringankan beban ekonomi guru-guru KAFA dan menaikkan semangat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran”, katanya di Majlis Perasmian Penutupan Ihtifal KAFA Peringkat Negeri di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu pada Sabtu.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Haji Ruslan Muharam.

Hajiji berkata, Kerajaan Negeri komited untuk memberikan kerjasama penuh kepada Kerajaan Persekutuan dalam pembangunan umat Islam di Malaysia bagi membentuk masyarakat Madani yang mengutamakan nilai ukhuwah dan insani yang merupakan tuntutan ad-Din yang syumul.

Menurutnya, bagi merealisasikan modal insan yang gemilang dalam kalangan anak-anak, pembentukan sahsiah unggul dalam diri setiap individu tanpa mengira keturunan dan bangsa, penting bagi memastikan kehidupan masyarakat sentiasa positif dan stabil dalam semua aspek terutama akhlak dan sahsiah individu.

Sehubungan itu katanya, Kerajaan amat mengambil berat kemelut keruntuhan akhlak dikalangan remaja dan menggagaskan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang meletakkan Pembangunan Modal Insan sebagai teras pelan pembangunan negeri Sabah.

“Ini seiring dengan matlamat pendidikan negara dalam melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

“Nilai modal insan inilah yang akan mencorakkan kepimpinan masa akan datang untuk mencapai hasrat kerajaan. Tanpa adanya generasi yang berkualiti, sesebuah masyarakat bahkan negara akan lemah dan keterbelakang dalam arus perdana,” tambahnya.

Melalui Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang dilaksanakan oleh JAKIM dengan kerjasama MUIS, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dapat membangun modal insan di peringkat awal kanak-kanak.

“Ini kerana penyelesaian kepada keruntuhan akhlak masa kini adalah melalui pengisian pendidikan agama seawal kanak-kanak lagi dan kembali menghayati ajaran Islam yang sebenar, iaitu bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah”, tambahnya.

Hot this week

PRN17: GRS sedia tanding solo

Hajiji...parti-parti tempatan perlu menjadi tunjang utama dalam pentadbiran negeri...

The newly elected Pope Leo XIV – Robert Prevost

By CC PungJustice of Peace THE new Pope calls for...

Cardinal Robert Prevost – Pope XIV

VATICAN CITY (Reuters) - Robert Prevost, the choice of...

New chapter for Sabah journalism as first woman takes the helm of SJA

Mariah Doksil...First woman president of the Sabah Journalists Association KOTA...

PBT berperanan penting sebagai Kerajaan Peringkat Ketiga – Dr Joachim

PUTATAN : - Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri...

Topics

PRN17: GRS sedia tanding solo

Hajiji...parti-parti tempatan perlu menjadi tunjang utama dalam pentadbiran negeri...

The newly elected Pope Leo XIV – Robert Prevost

By CC PungJustice of Peace THE new Pope calls for...

Cardinal Robert Prevost – Pope XIV

VATICAN CITY (Reuters) - Robert Prevost, the choice of...

New chapter for Sabah journalism as first woman takes the helm of SJA

Mariah Doksil...First woman president of the Sabah Journalists Association KOTA...

PBT berperanan penting sebagai Kerajaan Peringkat Ketiga – Dr Joachim

PUTATAN : - Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri...

Sabah Wushu team gears up for national youth tournament

Negeri Sembilan here we come … Chin Kim Hiung...

275 tiang elektrik akan dipasang di 13 kampung di DUN Sindumin

Dr Yusof menyaksikan Madius menandatangi plak, simbolik perasmian Pejabat...

How many more journalists must die, RSF?

Rocky Bru...Despite killing over 200 journalists in Gaza, Israel...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img