Monday, September 16, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

Abang tikam adik hingga mati

DSP Simiun Lomudin

RANAU (Sabtu, 19 Ogos): Polis menahan seorang remaja tempatan yang dipercayai menikam adiknya sendiri di rumah mereka di Kampung Kinapulidan, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Simiun Lomudin berkata, mangsa kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun meninggal dunia ketika dikejarkan ke Hospital Ranau.

Menurutnya, kelmarin pada jam 11.27 pagi, satu laporan polis telah dibuat oleh seorang lelaki tempatan berhubung kejadian adik ditikam oleh abangnya sendiri menggunakan pisau.

“Siasatan awal mendapati mangsa merupakan kanak-kanak tempatan berusia sembilan tahun ditikam di perut oleh abangnya sendiri yang berusia 19 tahun.

“Kejadian dilaporkan berlaku ketika kedua-dua mangsa dan suspek berada di ruang tamu rumah mereka di Kg. Kinapulidan, kira-kira jam 5.40 pagi.

“Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Ranau bagi mendapatkan rawatan oleh jiran sejurus selepas kejadian. Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11.10 pagi ketika menerima rawatan di unit kecemasan Hospital Ranau,” katanya.

Menurut Simiun, polis masih menyiasat motif sebenar kejadian dan tidak menolak kemungkinan suspek mengalami masalah mental.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh yang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk menghubungi IPD Ranau bagi membantu siasatan.

Popular Articles