Thursday, September 19, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

Waspada phishing melalui e-mel

KOTA KINABALU (Sabtu 19 Ogos): Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan sindiket penipuan menggunakan emel palsu dari Polis Diraja Malaysia.

E-mel palsu itu meminta individu supaya membuat bayaran denda bagi mengelakkan sebarang tindakan undang-undang.

Sumber daripada Jenayah Siber PDRM  berkata, orang ramai mestilah sentiasa peka dan melakukan semakan terlebih dahulu di laman web jabatan atau agensi yang sah sebelum membuat sebarang transaksi bagi mengelak diri anda menjadi mangsa penipuan.

“Dalam sehari dua ini, ramai di kalangan kita menerima emel sebegini. Untuk makluman semua, ia adalah emel phishing yang akan meminta kita klik pada link penipuan yang ada pada kandungan emel berkenaan.

“Berhubung dengan pihak berkenaan, jika ada keraguan sebelum menjalankan apa-apa transaksi, perlulah beringat,” kata jurucakap polis.

Sumber: Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police

Popular Articles