Saturday, March 15, 2025
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

Pasar malam Bandaran Berjaya bermula 21 Ogos

Pasar malam Kota Kinabalu

Oleh Hardy Joe 

KOTA KINABALU (Ahad 20 Ogos): Sebahagian Jalan 24 dan ruang letak kenderaan Bandaran Berjaya di sini, ditutup sementara untuk memberi laluan Pasar Malam Bandaran bermula jam 5 petang hingga jam 11 malam dari Isnin hingga Khamis bermula 21 Ogos.

Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Junainah Abbie, berkata jalan dan tempat letak kereta di kawasan itu ditutup untuk memudahkan peniaga menyediakan barangan perniagaan mereka.

“DBKK akan melaksanakan penutupan sementara jalan dan tempat letak kereta di sebahagian Jalan 24 Bandaran Berjaya untuk memberi laluan Pasar Malam Bandaran yang akan beroperasi setiap Isnin hingga Khamis, dari jam 6 petang hingga 11 malam bermula Isnin,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Junainah juga mengalu-alukan orang ramai berkunjung ke pasar malam bandaran itu.

Pada masa yang sama, beliau menasihatkan orang ramai dan pengguna jalan raya mematuhi arahan anggota penguatkuasa yang bertugas serta menggunakan jalan alternatif lain sepanjang tempoh penutupan sementara laluan untuk memastikan kelancaran trafik.

Popular Articles