Saturday, March 15, 2025
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

KPDN puas hati peniaga ikut peraturan

Penguatkuasa KPDN memeriksa tanda harga beras yang dijual di sebuah pasar raya di Semporna.

Harga bekalan gula juga turut diperiksa untuk memastikan mengikut peraturan.

Oleh Hardy Joe

Foto Mohd Syukrie Johary 

SEMPORNA (Isnin 21 Ogos): Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) memuji peniaga di daerah ini yang sentiasa patuh undang-undang.

Katanya, mereka sentiasa mematuhi undang-undang dengan meletakkan tanda harga yang jelas dan mengguna alat timbang sukat ketika berniaga.

KPDN dalam satu kenyataan berkata, hasil pemeriksaan ke atas premis perniagaan di daerah ini mendapati tiada peniaga ingkar undang-undang perniagaan ditetapkan.

‘Sebanyak 30 premis perniagaan diperiksa dan didapati semuanya patuh undang-undang tanda harga dan pengguna alat timbang sukat yang disahkan,” katanya.

Beliau berkata, sepasukan pegawai penguatkuasa KPDN Semporna menjalankan pemeriksaan pematuhan penetapan harga maksimum ayam dan telur ayam.

Turut diperiksa harga dan bekalan barangan keperluan asas di premis perniagaan sekitar Kunak.

KPDN menasihatkan peniaga supaya sentiasa mematuhi undang-undang dikuatkuasakan kementerian.

Popular Articles