Thursday, July 3, 2025

GRS perlu tenang, perkukuh jentera hadapi serangan politik lama

Aksyah Haji Nasrah

KOTA KINABALU : – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perlu kekal tenang, tidak goyah dan terus memperkukuh barisan serta jentera parti dalam mendepani gelombang serangan politik yang semakin rancak menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN-17).

Aktivis masyarakat dan pemerhati politik,  Aksyah Haji Nasrah berpendapat, GRS kini bukan sekadar menjadi sasaran serangan persepsi dan dakwaan berunsur fitnah, malah sedang berdepan dengan episod dramatik yang sengaja dicipta untuk menggugat keyakinan rakyat terhadap kestabilan gabungan parti-parti tempatan itu.

Beliau memuji keteguhan dan kesetiaan kepimpinan Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) yang kekal utuh dalam GRS walaupun diasak dari pelbagai penjuru.

“Saya memuji keikhlasan, keberanian dan kekuatan solidariti pimpinan PBS dan STAR dalam mendepani cabaran yang sedang menyelubungi kedua-dua parti itu.

“Mereka tidak goyah malah semakin kukuh bersama GRS walaupun ada ‘kad’ baharu dimainkan pihak lawan,” katanya dalam perkongsian di Facebooknya.

Aksyah menyifatkan cubaan menggugat kestabilan GRS sebagai satu “drama politik murahan” yang sengaja direka, antaranya menerusi kemunculan individu seperti Albert Tei yang kini berdepan pertuduhan di mahkamah.

Menurutnya, tindakan scammer Albert Tei yang mengaku memberi wang suapan dalam kenyataan terdahulu, namun mengaku tidak bersalah di mahkamah, menggambarkan percanggahan ketara yang menimbulkan persoalan terhadap keabsahan kes tersebut.

“Semasa bertopeng, kenyataannya lantang dan berapi. Namun pada hari pertama perbicaraan, dia kelihatan seperti terlupa skrip dan terus menukar pengakuan kepada tidak bersalah. Ini menunjukkan betapa rapuh dan tidak konsistennya naratif yang cuba dibawa,” katanya.

Beliau menyifatkan kes itu sebagai satu lagi episod sinetron politik bertujuan mencemarkan nama baik GRS serta menimbulkan keraguan rakyat terhadap keikhlasan dan integriti gabungan tersebut.

“Sesungguhnya, rakyat Sabah sudah mampu menilai sendiri keabsahan dakwaan yang dicipta. Mereka bukan lagi penonton pasif tetapi pemerhati aktif kepada perkembangan politik negeri,” tegasnya.

Dalam masa yang sama, Aksyah berkata masih banyak pemimpin dan parti di Sabah yang turut bergelumang dengan isu rasuah namun berjaya menyembunyikan perlakuan mereka di sebalik tabir.

“Yang jelas dan nyata, Pengerusi GRS merangkap Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor kekal bersih dan berkecuali dalam sebarang siasatan. Beliau menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk bertindak secara bebas dan profesional,” katanya.

Aksyah juga menyelar sikap hipokrit pihak yang mendesak tindakan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) GRS tetapi pada masa sama turut terlibat dalam skandal yang sama atau lebih buruk.

“Tindakan seperti ini ibarat ‘puasa olok-olok’ – menuduh orang lain makan di siang hari Ramadhan, tapi sisa nasi masih ada di tepi bibir sendiri. Ini adalah mainan politik lama yang hanya mengaburi mata rakyat,” katanya.

Mengulas kenyataan Pengerusi PKR Sabah yang memberi bayangan kemungkinan menarik semula kerjasama politik dengan GRS, Aksyah berkata kenyataan tersebut tidak mengejutkan.

“Ia mencerminkan tahap keikhlasan mereka terhadap nilai solidariti. Mungkin mereka gusar melihat kekuatan sebenar GRS dan mula mencari alasan untuk keluar dari kerjasama yang tidak menguntungkan mereka,” katanya.

Tambahnya, GRS tidak perlu gentar atau terkesan dengan kenyataan sedemikian kerana dalam sistem demokrasi, mandat sebenar tetap berada di tangan rakyat.

“Yang menjadi penentu akhir dalam sebarang gabungan politik adalah rakyat. Biarpun apa bentuk kerjasama digarap, akhirnya suara rakyat yang menentukan,” jelas beliau.

Beliau turut menyeru barisan kepimpinan dan akar umbi GRS agar tidak leka, sebaliknya terus memperkukuh jentera, menambah keyakinan rakyat serta mempertahankan pencapaian sedia ada.

“GRS sudah mencipta pelbagai kejayaan di bawah pimpinan Hajiji. Program pembangunan, projek rakyat dan dasar berpaksikan kepentingan Sabah telah membuahkan hasil. Ini perlu diperjelas kepada rakyat, bukan dibiarkan tenggelam dalam gelombang fitnah,” katanya.

Aksyah turut menyifatkan GRS sebagai blok parti tempatan terbaik dalam sejarah politik Sabah, dan menyeru seluruh rakyat serta pemimpin untuk terus memberi mandat besar kepada gabungan itu pada PRN akan datang.

“Terima kasih kepada pemimpin PBS dan STAR yang terus konsisten bersama GRS. Kita mesti terus memperkukuh barisan, jangan goyah meskipun dihujani peluru politik musuh. Apa yang penting, jangan undur… GASAK!” tegasnya mengakhiri pandangannya.

Hot this week

Four bills to be tabled at State Legislative Assembly last sitting

KOTA KINABALU : - Four bills will be tabled...

ANAK NEGERI urges Sabah’s inclusion in Ambalat Block decisions

Henrynus Amin…Sabah deserve to be at the table when...

Not lobbying to be a candidate, priority is to help KDM win PRN17

Willie Jude Junaidi...might contest one of the state constituency...

The Ambalat Agreement and Its Benefits for Sabah

By Datuk James Ligunjang J.PFormer Assemblyman CONTRARY to Daniel John...

Hajiji: No immediate action against Dr Yusof, Andi pending legal process

GRS government will not interfere in court case involving...

Topics

Four bills to be tabled at State Legislative Assembly last sitting

KOTA KINABALU : - Four bills will be tabled...

ANAK NEGERI urges Sabah’s inclusion in Ambalat Block decisions

Henrynus Amin…Sabah deserve to be at the table when...

Not lobbying to be a candidate, priority is to help KDM win PRN17

Willie Jude Junaidi...might contest one of the state constituency...

The Ambalat Agreement and Its Benefits for Sabah

By Datuk James Ligunjang J.PFormer Assemblyman CONTRARY to Daniel John...

Hajiji: No immediate action against Dr Yusof, Andi pending legal process

GRS government will not interfere in court case involving...

2 assemblymen, a businessman pleaded not guilty to corruption

Sindumin assemblyman Datuk Dr Yusof Yacob (left) seen arriving...

Dr Jeffrey denies RM1.78 million mining scandal claim

Mulls legal action against news outlet, saying anonymous whistleblower...

PKR Penampang puji sikap PM

Joseph Chang...sikap Perdana Menteri menunjukkan keperibadian terpuji. PENAMPANG: PKR cabang...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img